“Kahwin Pun Tetap DOLLA” – Angel & Tabby Hargai Detik Bahagia Sabronzo Bersama Suami

Hiburan

“Kahwin Pun Tetap DOLLA” – Angel & Tabby Hargai Detik Bahagia Sabronzo Bersama Suami

Dua ahli kumpulan DOLLA, Angel dan Tabby akhirnya berkongsi momen indah majlis perkahwinan rakan mereka, Sabronzo, yang sah bergelar isteri kepada DJ terkenal antarabangsa, Dash Berlin.

Sebelum ini, nama Sabronzo hangat diperkatakan selepas tersebar foto dirinya dalam persalinan pengantin yang mencetuskan spekulasi tentang status perkahwinannya.

Advertisement

Menerusi Instagram, Tabby sempat bergurau dengan menulis kapsyen bahawa Sabronzo kini sudah “terikat” seumur hidup. Tulis Tabby,

Sangat gembira untuk kamu, Sabronzo ❤️ Bali adalah memori yang indah. Sekarang seorang daripada kami sudah terikat seumur hidup… walaupun sebenarnya, Sabronzo memang sudah ‘berkahwin’ dengan DOLLA hahaha jkjk.

dolla tetap satu

Angel pula turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan bahagia itu,

Raikan cinta 💍❤️ Tahniah buat pasangan cantik, Sabrina dan Ryan. Bangga jadi sebahagian majlis ini. Semoga kalian dikurniakan cinta dan kebahagiaan sepanjang hayat

Di ruangan komen, ramai netizen memuji Angel dan Tabby kerana menghormati Sabronzo untuk umumkan sendiri perkahwinannya, berbanding sikap segelintir pihak yang terburu-buru membuat spekulasi.

Baru-baru ini, Sabronzo mengesahkan dia telah mendirikan rumah tangga dengan Ryan Fieret, ahli utama kumpulan muzik elektronik antarabangsa, Dash Berlin.

sabronzo sufi
2025-10-01 11:48:23

"Eloklah Sabronzo Kahwin Daripada Bercinta Terlalu Lama" - Rakan Artis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...