“Kahwin Pelajar Bawah Umur Tak Kena Penjara Pula?!” – Harith Iskander Persoal Ustaz Rotan Pelajar Dipenjara

Hiburan

“Kahwin Pelajar Bawah Umur Tak Kena Penjara Pula?!” – Harith Iskander Persoal Ustaz Rotan Pelajar Dipenjara

Selepas ‘panas’ dengan isu membandingkan perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia dan Singapura, kali ini pelawak Harith Iskander tampil mempersoalkan pula hukuman penjara terhadap seorang ustaz kerana telah merotan pelajar 11 tahun baru-baru ini.

Sama sekali tidak bersetuju dengan hukuman tersebut, Harith membandingkan hukuman penjara kerana merotan itu dengan kes membenarkan orang dewasa mengahwini pelajar 11 tahun.

Advertisement

Merotan kanak-kanak 11 tahun membawa hukuman kepada penjara. Tapi kahwin dengan pelajar 11 tahun adalah ok??

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

Dalam pada memuat naik tangkap layar artikel berkenaan tentang ustaz itu, beliau turut meletakkan paparan skrin tajuk artikel mengatakan lelaki berumur 41 tahun telah mengahwini kanak-kanak berumur 11 tahun sekitar tahun 2018.

Tambahannya lagi, merotan kanak-kanak sememangnya satu perkara yang salah tetapi mengahwini mereka juga merupakan satu perkara yang biadap serta menjijikkan.

Sekadar info, pada Selasa lalu, Mahkamah Rayuan mengembalikan semula hukuman penjara enam bulan dan denda RM2000 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret untuk seorang guru agama kerana telah merotan anak muridnya.

3 years ago

Tumbuk Tengkuk, Pukul Dan Tampar, Pemilik Pusat Tahfiz Dera Pelajar Ditahan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...