Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Kahwin Kerana Mahu Tutup Kontroversi Pelawak Kasanova: Zizan Enggan Ulas

Rupa-rupanya, laporan bahawa Zizan Razak akan melangsungkan pernikahan pada Jun ini tidak benar. Ini diberitahu olehnya kepada Harian Metro.

Jangan salah faham, kerana Zizan tetap akan berkahwin tahun ini, cuma dia belum pasti bulannya.

Advertisement

Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu (bulan) Jun) seperti yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal.

Terkejut sangat baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Pada hal, saya baru hendak balik kampung dan berbincang dengan orang tua dulu.

Kalau sudah berjumpa dan berbincang barulah saya berani sahkan (tarikh). Insha-Allah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini sebab saya pun bukan makin muda, cuma bulan tu tak pasti lagi bila.

Siapa orangnya saya tak boleh beritahu sebab takut tak jadi nanti, malu pula.

Menurut Zizan, dia belum bersedia mendedahkan identiti gadis itu yang baru dikenali sebulan lepas kerana aturan keluarga. Gadis itu ialah orang biasa, bukan orang seni dan tidak pernah dikaitkan dengan Zizan sebelum ini.

Advertisement

Di samping itu Zizan memberitahu dia akur tiada jodoh dengan Emma dan mendoakan terbaik untuk wanita itu. Dia percaya Emma mampu pergi lebih jauh dalam bidang seni berdasarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada benar dia ingin melangsungkan perkahwinan dalam kadar segera kerana ingin menutup kontroversi yang melanda kala ini, dia enggan mengulas.

Untuk makluman anda, kami ada menerima beberapa keping gambar bakal isteri Zizan. Jika benar itu gadis 24 tahun dari Kuala Terengganu yang diperkatakan, memang benarlah dia seorang yang cantik tanpa solekan dan berpendidikan. Semoga segalanya dipermudahkan buat Zizan.

Serlahkan bakat anda dalam Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015. Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Syarat dan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 13 April 2015

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama