“Kahwin Jangan Pilih Baju Macam Ni Lagi, Nanti Nampak Gemuk Pendek”

Trending

“Kahwin Jangan Pilih Baju Macam Ni Lagi, Nanti Nampak Gemuk Pendek”

Jika anda sering menghabiskan masa di Instagram, mungkin juga mengenali seorang influencer bernama Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Toratora.

Advertisement

Dia sering membuat ulasan makanan di Instagram dan dikenali dengan video-video makan ramen dengan berselera.

Baru-baru ini dia melangsungkan pertunangan dengan seorang pemuda yang telah dikenali selama sembilan bulan dan memberitahu akan melangsungkan perkahwinan tahun hadapan.

Ramai pengikut beliau yang gembira dan mengucapkan tahniah namun apa yang memeranjatkan, ada juga komen-komen Netizen yang seolah-olah tidak suka Atirah melangsungkan pertunangan dengan pemuda pilihannya. Malah ada yang mendakwa sekadar bersikap jujur mengenai keadaan fizikal Atirah.

Ada juga meminta agar Atirah tidak terlalu menunjuk-nunjukkan tunangnya kerana ada yang mungkin ingin merampas.

Malah ada yang menyebut tentang perceraian.

Komen-komen buruk ini mendapat kritikan Netizen lain yang merasakan ia tidak sepatutnya diberikan sewaktu Atirah sedang menghebahkan pertunangannya. Ada antara mereka yang kini telah memadam komen asal setelah menerima kecaman.

Sebenarnya untuk menguruskan badan bukanlah begitu sukar. Mungkin menjelang hari perkahwinan Atirah akan melangsingkan badan.

Dan jika dia tidak menguruskan badan pun apa salahnya, dia berhak untuk bahagia. Doakan yang baik-baik saja, tak gitu? – amazingnara.com

Sumber: Astrol Awatni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...