Mempunyai sejarah silam sebagai seorang yang “liar†dan “kaki perempuanâ€Â membuatkan Aliff Aziz dihimpit kontroversi mempunyai anak luar nikah bersama seorang wanita yang dikenali beliau tidak lama dahulu.
Malah, ada pihak yang mendakwa imej baiknya sekarang dan keputusan beliau untuk bernikah dengan Bella Astillah adalah bagi menutup kontroversi berkenaan.
Walaubagaimanapun, Aliff sedikit pun tidak melatah dengan gosip berkenaan dan tidak mahu ambil pusing akan spekulasi negatif terhadap dirinya.
Aliff juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu anak luar nikah tersebut dan ingin fokus kepada perkahwinan beliau.
Biarlah sekiranya orang menganggap keputusan saya untuk mendirikan rumah tangga sebagai jalan untuk menutup kontroversi.
Lagipun, perkahwinan adalah perkata baik dan tidak harus dilengahkan. Saya harus bersedia dari segi zahir dan batin untuk mengemudi bahtera hidup berkeluarga.
Kata orang dalam tempoh bertunang akan ada ujian dan dugaan, kalau Aliff tidak buat apa-apa untuk apa beliau takut bukan? Yang penting Bella dan Aliff harus mempercayai antara satu sama lain. Manusia itu boleh berubah.