Lebih tenang dan bahagia tanpa kata-kata negatif selepas menutup ruangan komen di Instagram, pelakon Izreen Azminda kini semakin bersemangat untuk mempertahankan rumah tangganya bersama suami tercinta Ude Wahid. Izreen berkahwin bukanlah berlandaskan wang tetapi atas rasa cinta serta kasih sayang yang ikhlas.
Saya malas ambil tahu kerana cakap negatif orang luar hanya akan menjejaskan mood saya untuk bekerja. Kalau saya berkahwin kerana duit, lebih baik saya ambil lelaki kaya. Alhamdulillah, saya masih mampu mencari rezeki. Ini soal cinta dan saya menyayangi suami dengan ikhlas serta sepenuh hati.
Orang boleh bercakap apa sahaja kerana mereka tidak berada di tempat saya. Siapa yang mahu dicemuh kerana berkahwin dengan suami orang? Tetapi, ini soal jodoh dan saya terima apabila ditakdirkan hidup bermadu.
Bukan mudah untuk masyarakat kita menerima apabila seseorang itu menjadi isteri kedua apatah lagi sebagai artis pasti ia akan menjadi satu cerita yang sensasi. Namun, apa yang berlaku adalah ketentuan takdir.