Nama Puteri Sarah mula menjadi bualan ramai setelah ‘kecoh’ di media sosial mengenai rumah tangga yang sedang goyah setelah suami, Syamsul Yusof mengahwini wanita lain iaitu Ira Kazar.
Kebanyakkan netizen menyokong Puteri Sarah sewaktu dia menuntut cerai kerana menganggap hal yang dilakukan oleh pengarah serta isteri keduanya keterlaluan.
Terbaharu, tular video di TikTok memapar kebaikan selebriti tersebut memberi beg secara percuma terhadap seorang individu.
Pada mulanya, dia hanya menunjukkan koleksi-koleksi beg mewah yang dimiliki dan sewaktu sedang menunjuk beg yang ada, secara tiba-tiba Sarah offer individu yang sedang merakam salah satu beg mewah yang dimiliki.
Difahamkan, beg berjenama tersebut berharga lebih dari RM700 biarpun hanya bersaiz kecil.
Susulan itu, kebanyakkan netizen berasa kagum dan menganggap pelakon tersebut merupakan ‘orang kaya’ paling rendah diri yang dikenali oleh mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 50,000 tanda suka dan 1.5 juta tontonan daripada pengguna TikTok.