Anak lelaki pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden, menjadi bualan hangat warganet apabila dilihat berada di gelanggang tinju bersama pelakon filem Blood Brothers, Andy Teh.
Jebat belajar ‘boxing’ dengan Andy Teh
Dalam satu perkongsian di Instagram, Andy memuat naik rakaman video dan beberapa foto memaparkan Jebat serta Sharnaaz menjalani latihan seni mempertahankan diri.
Aksi lincah Jebat tampil berani berdepan cabaran nyata membuat ramai teruja, malah ada yang menyifatkan dia mewarisi semangat dan ketegasan bapanya.
View this post on Instagram
Netizen sempat petik perlawanan Jefri Nichol ’38 saat’
Di ruangan komen, pujian bertalu-talu diberikan kepada Jebat kerana sudah dibiasakan dengan aktiviti lasak sejak kecil.
Namun, tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk menyelit sindiran dengan mengaitkan kekalahan pelakon Indonesia, Jefri Nichol iaitu kekasih kepada ibu saudara Jebat, Ameera Khan, dalam perlawanan tinju Superstar Knockout menentang El Rumi, baru-baru ini.