[Kagum] Kawan Yang Memang Baik

Trending

[Kagum] Kawan Yang Memang Baik

Surat

Zaman sekarang ni susah la nak carik kawan yang betul-betul boleh percaya. Tapi tidak berlaku kepada seorang remaja ini

Advertisement

Pengalaman yang dialami oleh seorang pengguna internet (net user) yang bernama chumpser ini telah dimuat turunkannya sendiri di akaun imgurnya sendiri.

Remaja ini tinggal di dalam asrama bersama rakannya yang bernama Ronnie. Mereka telah tinggal di dalam bilik yang sama selama 3 tahun.

3 bulan kebelakangan ini makanan remaja ini yang disimpan di dalam peti ais asyik hilang sahaja. Dia mengesyaki rakannya si Ronnie telah mencuri makan makanannya itu, tetapi tidak menyatakan hasratnya untuk bertanya kerana tidak mahu hubungannya dengan Ronnie menjadi teruk.

Pada satu hari remaja ini telah mendapat sekeping surat yang diletakan di dapur oleh Ronnie dan kandungan surat itu sangatlah menyentuh hati remaja ini.

My Roomie Ronnie

Hai kawan,
Tak tau la 3 bulan kebelakangan ini awak perasan ke tak yang saya dah makan makanan awak secara senyap2. Saya berasa sangat bersalah dengan perbuatan saya ini. Saya sudah mula bekerja utk membayar semula apa yang sudah saya makan. Di sini saya sertakan bayaran pertama saya. Terima kasih kerana memahami (saya harap).
Sayang, Ronnie

Bersama dengan surat ini disertakan 60 dollar untuk membayar semula makanan yang dimakan secara curi-curi oleh Ronnie. Ronnie juga menyatakan bahawa dia sudah mula bekerja untuk melangsaikan hutang-hutangnya itu sedikit demi sedikit.

Kagum dengan tindakan Ronnie ini sebab bukan susah nak carik kawan macam ni zaman sekarang ni. Kepada mereka yang di luar sana tu, kalau ada berhutang ke curi2 makan tu, sila langsaikan ya. Paling kurang pun mintak la halalkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.