“Kagum Dengan Keluarga Ni..” – Tetap Di Sisi Anak Meskipun Sudah Bercerai, ‘Parenting’ Gaya Yasmin Hani Dan Sha’arin Dipuji

Hiburan

“Kagum Dengan Keluarga Ni..” – Tetap Di Sisi Anak Meskipun Sudah Bercerai, ‘Parenting’ Gaya Yasmin Hani Dan Sha’arin Dipuji

Meskipun sudah mengambil haluan hidup masing-masing setelah keduanya membuat keputusan untuk bercerai, pelakon Yasmin Hani dan bekas suami, Shaarin dilihat masih kekal berdamai demi anak-anak.

Ia sekaligus membuatkan Yasmin dan Shaarin dipuji warga maya gara-gara sikap toleransi yang ditonjolkan di hadapan cahaya mata mereka.

Advertisement

Seperti satu perkongsian media sosial yang dimuat naik pasangan ini di Instagram, Yasmin dan Shaarin dilihat ada meluangkan masa bersama anak mereka, Noah dan Eissa pada hujung minggu lalu.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen tampil meluahkan rasa kagum dengan Yasmin dan bekas suami kerana masih mengekalkan kasih sayang hubungan baik.

Bagusnya, walaupun dah tak bersama lagi tapi luangkan masa untuk anak-anak.

Contoh parents yang baik dan patut menjadi contoh kepada pasangan lain yang sudah berpisah.

Sekadar info, Yasmin dan Sha’arin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik pada Disember 2011 setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nabila Razali Aedy Ashraf
1 year ago

"Perempuan Gatal" - Berpegangan Tangan Dengan Aedy Ashraf Pula, Nabila Razali Dikecam Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...