Kaedah Pembayaran Tol Dipertingkat, PLUS Sedang Uji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Kehidupan

Kaedah Pembayaran Tol Dipertingkat, PLUS Sedang Uji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Rasanya semua sudah maklum mengenai perlaksanaan PLUS untuk menggunakan lebih banyak lorong menggunakan transaksi RFID buat pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan bermula 15 Januari ini.

Difahamkan PLUS ada membuat sedikit ‘kejutan’ kepada pengguna apabila mereka kini sedang menguji kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit di plaza tol yang terpilih.

Advertisement
Ujian rintis kad debit dan kreditSumber : Laman Web PLUS 

Perkara tersebut turut dimaklumkan menerusi laman web rasmi mereka untuk pengetahuan pengguna di luar sana.

Dan sudah pasti, berita tersebut akan ‘melegakan hati’ pengguna lebuh raya yang menantikan penambahbaikkan transaksi tol di mana sebelum ini pengguna kad Touch ‘n Go perlu ke terminal tertentu bagi tujuan tambah nilai.

Kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit itu kini masih dalam fasa ujian dan akan diperluaskan dari semasa ke semasa dan diharap dapat mempercepatkan lagi perlaksanaa ‘lebuh raya bebas kesesakan’ di Malaysia.

Sekadar info, PLUS pernah mencuba untuk mewujudkan kaedah pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit ini pada tahun 2018 namun dibantah oleh CIMB sehingga terjadi kes mahkamah. Namun kes tersebut selesai dengan cara luar mahkamah pada tahun 2019.

Touch N Go
3 years ago

"Malaysia Masih Mundur.."- Netizen Mahu TnG Tiru Indonesia, Tambah Nilai Kad Di Atas Talian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...