“Kaedah Itu Akan Beri Keyakinan Kepada Penumpang” – Malaysia Airlines Perkenal PKPD

Teknologi

“Kaedah Itu Akan Beri Keyakinan Kepada Penumpang” – Malaysia Airlines Perkenal PKPD

Umum mengetahui syarikat penerbangan antara syarikat yang mengalami kerugian ketika pandemik melanda negara. Kini, ia kembali beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines bercadang untuk memperkenalkan satu kaedah baru iaitu Pas Kesihatan Perjalanan Digital (PKPD) buat penumpang untuk perjalanan yang lebih selamat dalam tempoh pasca-Covid-19.

Advertisement

Malaysia Airlines

“Pengenalpastian secara digital ini akan membuka jalan untuk penumpang Malaysia Airlines yang akhirnya  memanfaatkan pilihan teknologi tanpa sentuh sepanjang proses perjalanan”.

Pas Kesihatan Perjalanan Digital

Ia akan mengesahkan ujian Covid-19 atau keperluan vaksinasi, kemudian akan berkongsi status ‘Ok to Travel’ bagi penumpang dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Kaedah itu akan memberi keyakinan kepada penumpang Malaysia Airlines di samping menyediakan akses kepada proses perjalanan yang lancar”. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group, Izham Ismail, Malaysia Airlines bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi melancarkan pas kesihatan dan akan mengumumkan kenyataan dalam masa yang terdekat.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...