Umum mengetahui syarikat penerbangan antara syarikat yang mengalami kerugian ketika pandemik melanda negara. Kini, ia kembali beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines bercadang untuk memperkenalkan satu kaedah baru iaitu Pas Kesihatan Perjalanan Digital (PKPD) buat penumpang untuk perjalanan yang lebih selamat dalam tempoh pasca-Covid-19.
“Pengenalpastian secara digital ini akan membuka jalan untuk penumpang Malaysia Airlines yang akhirnya memanfaatkan pilihan teknologi tanpa sentuh sepanjang proses perjalanan”.
Ia akan mengesahkan ujian Covid-19 atau keperluan vaksinasi, kemudian akan berkongsi status ‘Ok to Travel’ bagi penumpang dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
“Kaedah itu akan memberi keyakinan kepada penumpang Malaysia Airlines di samping menyediakan akses kepada proses perjalanan yang lancar”.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group, Izham Ismail, Malaysia Airlines bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi melancarkan pas kesihatan dan akan mengumumkan kenyataan dalam masa yang terdekat.