Kadet Malaysia Di Kanada Disamakan Dengan Selebriti Popular Korea Gara-Gara Gambar Memakai Seragam Tentera

Trending

Kadet Malaysia Di Kanada Disamakan Dengan Selebriti Popular Korea Gara-Gara Gambar Memakai Seragam Tentera

Hanya kerana memuatnaik gambar memakai seragam tentera, ramai yang menyangka pemuda bernama Fahmi Yunus ini adalah jejaka dari Korea. Tetapi hakikatnya, anak jati Malaysia itu langsung tidak ada kaitannya kerana dia tidak mempunyai darah campuran Korea pun.

Gambar yang dimuatnaik pada 1 Febuari lalu mendapat 14 ribu likes dan rata-rata netizen menyangkakan dia adalah orang Korea. Dia juga mengakui menerima banyak DM dari gadis-gadis di Malaysia yang berminat untuk mengenalinya.

Advertisement

Menetap di Kanada

Pemuda itu kini melanjutkan pengajian sebagai kadet tentera udara di Royal Military College Saint-Jean di Kanada. Buat masa ini dia berada di Kanada untuk mengikuti program pertukaran pelajar dan menyambung pengajian peringkat ijazah yang dijangkakan tamat pada Mei 2022.

Saya tiada darah campuran Korea. Mak ayah saya keturunan Jawa. Tapi nenek sebelah mak saya ada darah Cina. Mungkin sebab tu muka saya dan adik beradik yang lain macam ada kacukan Cina sikit.

Gambarnya yang memakai pakaian seragam tentera itu turut disamakan dengan beberapa selebriti terkenal Korea Selatan antaranya Ok Taecyon dan Hyunbin. Tapi menurutnya, wajahnya langsung tidak ada persamaan dengan selebriti popular itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen turut memberikan komen tidak menyangka pemuda ini adalah rakyat Malaysia.




Sebelum ini juga, Fahmi pernah viral di media sosial apabila pulang secara mengejut selepas lima bulan berada di perantauan sebagai kejutan kepada kedua ibu bapanya. Video yang dimuatnaik pada tahun 2018 itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...