Kadar Tol Di Lebuh raya Guthrie Dan Lekas Naik Tahun Depan

Trending

Kadar Tol Di Lebuh raya Guthrie Dan Lekas Naik Tahun Depan

Empat lebuh raya dibenarkan menaikkan kadar tol pada tahun depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Advertisement

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Fadillah berkata ia termasuk Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL).

Beliau berkata kerajaan dianggarkan membayar pampasan berjumlah RM59.77 juta kepada syarikat konsesi di 4 lebuh raya itu sekiranya tol tidak dinaikkan.

Menjawab soalan Lim mengapa kutipan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tidak dimansuhkan, Fadillah berkata ia kerana kerajaan terpaksa menstruktur semula kadar tolnya iaitu pada 1999, 2002 dan 2011.

Ini bermakna konsesi tol lebuh raya PLUS termasuk Lebuhraya Utara Selatan akan hanya berakhir pada 31 Disember 2038, katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...