Kadar Pengangguran Di Malaysia Meningkat 4.8 Peratus Akibat Covid-19

COVID-19

Kadar Pengangguran Di Malaysia Meningkat 4.8 Peratus Akibat Covid-19

Pengangguran di Malaysia meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020 dan ini bukanlah perkara yang baik. Demikian menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tambahan, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata bilangan penduduk bekerja pada Disember 2020 meningkat 0.1 peratus atau 19,300 orang kepada 15.22 juta orang selepas mencatatkan penurunan kecil pada bulan sebelumnya.

Advertisement

“Nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan kekal pada 65.1 peratus” 

Manakala jika mengikut sektor ekonomi, penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus mencatatkan trend yang semakin meningkat terutama dalam aktiviti perdagangan borong & runcit; kesihatan kemanusiaan & kerja sosial; maklumat & komunikasi dan pendidikan.

Bagaimanapun, guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan seperti penginapan dan perkhidmatan makanan; pengangkutan & penyimpanan dan kesenian, hiburan & rekreasi terus menurun yang mencerminkan kesan pandemik kepada industri berkenaan.

Hal ini melibatkan kegunaan tenaga dalam sektor pembuatan terus merekodkan pertumbuhan positif pada Disember 2020.

Sektor pertanian dan perlombongan & pengkuarian kekal dalam trend negatif bagi bulan kelima, manakala sektor pembinaan turut mencatatkan penurunan bulan ke bulan.

Dari segi penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan, kategori pekerja yang merangkumi 77.6 peratus daripada jumlah guna tenaga meningkat sebanyak 0.2 peratus (+23,500 orang) kepada 11.81 juta orang berbanding bulan sebelumnya.

Sumber : Google

Gambar Hiasan

Sementara itu, kategori bekerja sendiri yang merangkumi 15.8 peratus penduduk bekerja, terus mencatatkan pengurangan bagi bulan ketiga sebanyak 0.6 peratus kepada 2.4 juta orang pada Disember 2020.

Kumpulan itu terdiri daripada penerima gaji harian yang bekerja di pasar tani, pasar malam dan gerai makanan; ‘freelancers’; serta pekebun kecil.

“Bilangan penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu meningkat kepada 146,200 orang berbanding November 2020 (142,000) orang disebabkan pelaksanaan kawalan pergerakan sepanjang bulan itu serta cuti persekolahan dan cuti perayaan yang singkat”

Kumpulan itu, yang berkemungkinan besar tidak dapat bekerja tidak dikategorikan sebagai penganggur kerana mereka mempunyai pekerjaan untuk dikembalikan.

Pun begitu, keadaan pasaran buruh pada Disember 2020 yang masih dipengaruhi oleh krisis kesihatan dan kesan ekonomi telah memperlahankan momentum pemulihan pasaran buruh.

Oleh itu, pasaran buruh pada bulan itu kekal kompetitif dengan bilangan tenaga buruh meningkat seramai 27,8000 orang kepada 15.99 juta orang.

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) pada bulan berkenaan adalah pada 68.4 peratus. Sementara itu, jumlah penduduk di luar tenaga buruh mencatatkan penurunan sebanyak 2,600 orang berbanding November 2020 kepada 7.37 juta orang dengan komposisi terbesar adalah disebabkan bersekolah atau latihan.

Sumber : Canva

Gambar Hiasan

Mengenai kedudukan penawaran buruh pada suku tahun keempat 2020, Mohd Uzir berkata, keadaan pasaran buruh bertambah baik secara beransur-ansur dengan tenaga buruh dan guna tenaga terus meningkat berbanding suku sebelumnya, masing-masing mencatatkan 15.92 juta orang dan 15.16 juta orang.

Lebih menyedihkan, sepanjang 2020, berdasarkan data purata suku tahunan, KPTB pada 2020 menurun 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus.

Katanya, dalam tempoh yang sama, bilangan penduduk bekerja menurun 0.2 peratus kepada 15.1 juta orang berikutan ketidakpastian dalam pasaran buruh susulan krisis kesihatan dan ekonomi pada tahun berkenaan.

“Oleh itu, bagi 2020, kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus, kadar tertinggi yang dicatatkan sejak 1993 iaitu 4.1 peratus” 

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...