“Kadar Parkir Tinggi Tak Selesai Kesesakan, Pengguna Di KL Sanggup Bayar Caj Yang Tinggi” – Datuk Bandar

Trending

“Kadar Parkir Tinggi Tak Selesai Kesesakan, Pengguna Di KL Sanggup Bayar Caj Yang Tinggi” – Datuk Bandar

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz mengakui kenaikan kadar tempat letak kereta di beberapa pusat perniagaan di ibu kota tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan kenderaan dalam bandar.

Advertisement

Bagaimanapun, Amin berkata kenaikan itu diharap mengelakkan kesesakan lebih teruk sehingga Kuala Lumpur menerima nasib seperti Jakarta.

“Kalau kita tidak naikkan kadar tempat letak kereta, agak orang Kuala Lumpur akan disiplin tak? Jadi kamu mesti tahu, orang yang keluar-masuk Kuala Lumpur, 3.5 juta kenderaan.

“Tujuh peratus semua single (seorang) driver. Jadi bila seorang itu dan setiap bulan 50,000 kenderaan bertambah, apa akan jadi pada Kuala Lumpur?” katanya.

“Dalam masa lima tahun akan datang, kesesakan sekrang ini akan dua kali ganda daripada sekarang. Akan jadi macam Jakarta.”

Kadar tempat letak kereta di kawasan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dinaikkan hingga 150%.

Jika sebelum ini caj 80 sen dikenakan bagi satu jam pertama, kini kadarnya ialah RM2, sementara jam kedua dan seterusnya mengenakan caj RM3.

Kawasan terbabit ialah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Sr Ismail dan Bangsar.

Kenaikan kadar itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat dari sekarang sehingga 1 Ogos.

Amin berkata langkah berkenaan “satu-satunya cara” mengurangkan kesesakan dalam bandar dan menggalakkan berkongsi kereta, dan bukan menyasarkan kepada mengaut keuntungan.

Mengulas lanjut, Amin berkata kenaikan kadar tempat letak kereta itu juga bagi mengajar pengguna menggunakan kenderaan awam.

Beliau mendakwa pengguna di Kuala Lumpur ini tidak “makan saman” dan sanggup membayar caj tinggi demi membawa kereta ke tempat kerja.

“Saya nak beri pengajaran kepada mereka (pengguna di Kuala Lumpur), yang mereka kena naik kenderaan awam. Kalau tidak kena bayarlah. Apa mereka nak bising dengan RM5 ringgit ini.

“Orang tetap akan parking. Itulah perangai orang Kuala Lumpur. Kesesakan tidak akan dapat dikurangkan sebab masih banyak kenderaan ke Kuala Lumpur. Orang Kuala Lumpur tidak makan saman,” katanya.

Beliau tidak menolak sekiranya DBKL akan menaikkan lagi harga kadar tempat letak kereta di Kuala Lumpur dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan di ibu kota.

“Mungkin kita akan naikkan lagi, Sebab nak ajar mereka. Jadilah seperti London dan Singapura. Cuba pergi Singapura setiap masa dia punya kadar tempat letak kereta berubah-ubah. Kita baru naik sekali nak bising,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...