“Kadang Terpaksa Angkut Humairah Pergi Kelas” – Isteri Hafidz Roshdi Dedah ‘Struggle’ Jaga Anak Sambil Belajar

Trending

“Kadang Terpaksa Angkut Humairah Pergi Kelas” – Isteri Hafidz Roshdi Dedah ‘Struggle’ Jaga Anak Sambil Belajar

Terdahulu, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan hasrat untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Baru-baru ini, Shuhada sempat berkongsi kenangan sewaktu dia membesarkan anak perempuannya, Humairah ketika masih bergelar seorang pelajar.

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram Story, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata dahulu dia terpaksa bergilir-gilir dengan rakannya untuk menjaga Humairah.

Tak tahu nak luah macam mana struggle jaga Humairah masa dia small dulu. Bergilir jaga sebab nak attend kelas.

Bukan itu sahaja, Shuhada atau lebih mesra disapa Shu mendedahkan ada ketika dia juga terpaksa membawa Humairah ke kelasnya.

Kadang-kadang angkut jugak Humairah pergi kelas. Kawan tolong pegang kejap kalau kena present dekat depan.

Malah, ushawan Satu Tak Cukup itu turut terkenang waktu kesusahannya ketika anak sulungnya itu masih dalam kandungan.

Masa mengandungkan dia dulu, saya naik kancil manual pergi kelas. Naik tangga sebab tak boleh bau orang ramai dalam lif nanti nak muntah.

Dalam pada itu, Shuhada berharap anaknya itu membesar dengan baik dan mempunyai kehidupan yang lebih cerah memandangkan kanak-kanak itu sudah menempuh pelbagai ujian sejak kecil lagi.

Allah pilih dia untuk lalui semua ini. Ibu pasti, hidup Humairah di depan nanti mesti smooth je percayalah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuhada isteri hafidz roshdi mohon penaja nak sambung belajar
1 year ago

"Tak Mampu, Belajar Dalam Negara Je" - Shuhada Luah Hasrat Nak Belajar Di Luar Negara, Tapi Dikecam Netizen Pula?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...