Usahawan Dato Seri Vida yang kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah berkata dia tidak melepaskan peluang untuk mendoakan Bella Astillah khusus untuk kebahagiaan aktres itu selepas apa yang terjadi.
Mendoakan kebahagiaan Bella
Vida turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon berasal dari Sabah itu berhubung kemelut rumah tangganya bersama Aliff Aziz.
Saya mendoakan kebahagiaan kesejahteraan awak sayang. Semoga setiap perbuatan khianat dan fitnah terhadap awak dibalas dengan sejuta ganjaran kebaikan daripada Allah.
Usahawan itu turut mendoakan agar semua urusan Bella dipermudah dan percaya ada hikmah yang baik mendatang untuknya.
Taknak lihat Bella menderita lagi
Tambah Vida, dia mendoakan agar Bella terus kuat dan membuat keputusan yang terbaik selain enggan melihat aktres itu menderita lagi.
Awak sangat cantik, ada kerjaya, awak hebat, awak boleh jadi lebih hebat lagi. Kadang kadang hidup ini, orang lelaki kalau nampak kita sayang dia, dia pijak pijak kita. Seolah kita menagih kasih dekat dia.
Akhirnya apa kita dapat? Saya nak awak bangkit berjuang untuk teruskan hidup.
View this post on Instagram