“Kadang ‘Koyak’ Juga..”- Bangman Terasa Hati Dituduh Tiru ‘Content’ Memasak Khairul Amin Di Twitter

Hiburan

“Kadang ‘Koyak’ Juga..”- Bangman Terasa Hati Dituduh Tiru ‘Content’ Memasak Khairul Amin Di Twitter

Seorang personaliti media sosial dan juga TikTokers tampil meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah netizen yang gemar ‘cakap-cakap’ belakang dan membandingkan dirinya dengan selebriti masakan, Khairul Amin.

Sebagai seorang ‘content creator’, personaliti yang dikenali sebagai BangMan ini sememangnya dikenali sebagai seorang yang gemar berkongsi resipi ringkas secara bersahaja di TikTok dan juga Twitter.

Advertisement

Namun begitu, dia berasa sedih apabila ada yang menuduhnya ingin mencari pengikut di media sosial dengan meniru Khairul Amin dari segi pengisian video dan sebagainya.

No offense to KhairulAming, I have so much respect to him. Kau nak cakap aku tiru dia sebab aku buat content masak? Ada juga yang cakap ‘eh tiba-tiba je dia tu buat content masak.

Kau nak aku buat kerja senang sebab followers dah ramai? Ya aku mengaku senang, tapi part nak menaikkan followers sehingga tahap tu, ada kau kira?

Katanya lagi,  dia sememangnya sudah lama memuat naik ‘content’ memasak dan pernah menyimpan impian untuk meneruskan pengajian dalam bidang kulinari namun rezeki tidak berpihak kepadanya.

Tambah pemilik nama Muhammad Aiman Salim ini lagi, dia juga tidak pernah menaikkan ‘namanya’ di media sosial dengan menularkan benda-benda yang bodoh dan tidak senonoh serta tidak membuat banyak masalah kepada orang ramai.

Aku ni jenis yang tak ambil port sangat tentang hate comments ni. Tapi kali ni aku ‘koyak’ sikit. Aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada Khairul Amin kerana telah membuka jalan kepada orang ramai untuk menjadi ‘content creator’ di Malaysia.

Nurul zahid pelitup muka sirim
8 bulan lalu

“Geng Kayangan Yang Untung..”- Isu Cop Sirim 'Face Mask', Nama Nurul Zahid Hamidi Jadi Sebutan Netizen?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...