“Kadang Kita Rasa Jadi Artis Ni, Kita Rasa Diri Kita Besar” – Rosyam Nor

Hiburan

“Kadang Kita Rasa Jadi Artis Ni, Kita Rasa Diri Kita Besar” – Rosyam Nor

Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor akui pernah mengalami pengalaman kurang menyenangkan dengan seorang pelakon wanita terkenal namun beliau tidak pernah senarai hitamkan mana-mana pelakon dari terlibat dengan syarikat produksinya.

3 years ago

Kesal Dituduh 'Demand' Minta Bayaran Tinggi Untuk Berlakon, Adi Putra Hanya Ingin Berkongsi Rezeki Dengan Rakyat

Advertisement

Tidak mahu mendedahkan identiti pelakon tersebut, Rosyam Nor atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin berkata dia tidak mahu menutup periuk nasi seseorang dan hanya menganggapkan perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Kadang-kadang kita rasa jadi artis ini, kita rasa diri kita besar. Bercakap dengan gaya poyo dia, buat saya tak jadi ambil dia.

Kata Rosyam ketika ditemubual oleh mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Walaupun pernah diperlakukan seperti itu, menurut penerbit tersebut, dia tidak mahu menyekat rezeki mana-mana pihak dan hanya melapangkan dada terima dengan hati terbuka.

Tambahnya lagi, setiap individu pasti akan melakukan kesalahan dalam hidup dan tiada motif untuk dia banned pelakon wanita itu kerana mungkin di masa hadapan Rosyam memerlukan khidmatnya.

Rosyam Nor dan Faizal Hussein

Sekadar makluman, apabila ditanyakan soal cameo dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul, Rosyam berkata dia sekarang ini hanya akan membuat penampilan khas sahaja dalam mana-mana drama terbitan syarikatnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...