Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor akui pernah mengalami pengalaman kurang menyenangkan dengan seorang pelakon wanita terkenal namun beliau tidak pernah senarai hitamkan mana-mana pelakon dari terlibat dengan syarikat produksinya.
Tidak mahu mendedahkan identiti pelakon tersebut, Rosyam Nor atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin berkata dia tidak mahu menutup periuk nasi seseorang dan hanya menganggapkan perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Kadang-kadang kita rasa jadi artis ini, kita rasa diri kita besar. Bercakap dengan gaya poyo dia, buat saya tak jadi ambil dia.
Kata Rosyam ketika ditemubual oleh mStar.
View this post on Instagram
Walaupun pernah diperlakukan seperti itu, menurut penerbit tersebut, dia tidak mahu menyekat rezeki mana-mana pihak dan hanya melapangkan dada terima dengan hati terbuka.
Tambahnya lagi, setiap individu pasti akan melakukan kesalahan dalam hidup dan tiada motif untuk dia banned pelakon wanita itu kerana mungkin di masa hadapan Rosyam memerlukan khidmatnya.
Sekadar makluman, apabila ditanyakan soal cameo dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul, Rosyam berkata dia sekarang ini hanya akan membuat penampilan khas sahaja dalam mana-mana drama terbitan syarikatnya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.