“Kadang-Kala Kita Ada Buat Silap…” – RTM Pilih Che Ta Bukan Sebab Kontroversi, Percaya Dia Berhak Dapat Peluang Kedua

Hiburan

“Kadang-Kala Kita Ada Buat Silap…” – RTM Pilih Che Ta Bukan Sebab Kontroversi, Percaya Dia Berhak Dapat Peluang Kedua

Pemilihan Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sebagai pengacara program Cuit-Cuit Che Ta sempena bulan Ramadan di RTM bukanlah bertujuan untuk mengambil kesempatan terhadap kontroversi yang sedang melanda pelakon itu.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman menjelaskan pemilihan itu adalah berdasarkan kemampuan dia mengendalikan program masakan.

Advertisement

Menurut Mstar, Suhaimi berkata, pihaknya tidak memandang kontroversi yang pernah melanda Che Ta sebaliknya percaya setiap orang berhak mendapat peluang kedua.

suhaimi sulaimanSumber : Harian Metro 

Apabila difikirkan balik, ada masanya kita akan tersilap langkah dan perlu dibantu untuk menjadi lebih baik tapi perlu wujud keikhlasan daripada pihak-pihak yang sepatutnya.

 

Dalam dunia ni, kadang-kadang kita ada buat salah dan silap tapi kalau perbaiki diri saya percaya orang akan menerimanya.

 

Jika usaha menjadi lebih baik sudah dibuat maka kita patut raikan perkara itu.

Dalam pada itu, Suhaimi menegaskan perkara ini bukanlah gimik atau cubaan meraih populariti.

Ini bukan gimik sebab gimik adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab dan berdosa.

 

Jangan buat perkara yang tak bertanggungjawab demi mengejar rating. Ia akan memakan diri kemudian hari.

che ta kena buli

Sebelum ini, nama Che Ta hangat diperkatakan susulan dia dilaporkan gagal membayar hutang yang hampir mencecah RM1 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

che ta selesai bayar hutang
1 month ago

Che Ta Beritahu Anak Hutang MARA Sudah Selesai Dibayar - "Aaisyah Sedih Orang Mengata Mummy.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...