Bakal mengikat tali pertunangan dengan Elfira Loy pada 6 Oktober ini, Sufian Suhaimi mengakui sudah mula berasa tertekan dengan komen dari netizen yang mempersoalkan hubungannya dengan pelakon itu. Ada pihak yang kurang senang dengan keputusan Sufian Suhaimi untuk berkahwin dengan Elfira Loy pada usia muda, sekaligus membunuh kariernya yang baru ingin memuncak. Untuk makluman, Sufian berusia 25 tahun sementara Elfira Loy pula berusia 23 tahun.
Sebenarnya, mereka yang berpendapat sebegitu semuanya cemburu kerana Sufian Suhaimi berjaya mengorat Elfira Loy. Biasalah dalam hubungan percintaan, memang akan ada pihak yang dengki. Nanti lepas bertunang lagi banyak cabaran dan dugaan. Lepas kahwin lagilah macam-macam yang akan mendatang. Selaku seorang lelaki, Sufian kena bersikap matang, tenang dan rasional. Pedulikan kata-kata orang luar. Kata Sufian:-
Saya tak rasa itu sebagai ujian bertunang tetapi ujian untuk buat benda baik. Kadang-kadang tertekan juga dengan komen netizen tetapi tidak apalah, tak semua manusia itu sempurna jadi kami tidak mahu ambil pusing akan hal itu. Mujur keluarga dan rakan-rakan menyokong keputusan saya untuk berkahwin awal dan mendoakan yang baik-baik untuk hubungan kami.
Bukannya pelik berkahwin awal dan ramai sebenarnya menamatkan zaman bujang pada usia muda.Keputusan itu juga tidak akan membunuh karier nyanyian saya kerana itu semua rezeki daripada Tuhan. Sebagai anak seni saya akan terus berkarya kerana muzik itu misteri, kalau lagu yang dihasilkan bagus tentu orang suka
Bab rezeki itu memang Abang Nara bersetuju dengan Sufian. Kahwin bukan menutup pintu rezeki, malah akan membukanya lagi. Insya Allah nanti lepas kahwin rezeki akan mencurah-curah tiba. Lepas tue bila dapat anak, lagilah banyak rezeki. Itu semua dah dijanjikan olehNya. Yang penting kita kena terus berusaha keras. Tak gitu? Sumber Mstar Online.