Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kadang-Kadang Solat Jemaah Sekali,” – Nafi Tidur Rumah Nabil Mahir, Ayda Jebat Jawab Kegusaran Netizen

Ayda Jebat dan Nabil Mahir merupakan pasangan yang tidak asing lagi dalam industri seni kerana kini sedang asyik dilamun cinta dan difahamkan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Namun begitu, pasangan ini sering saja dihimpit kontroversi kerana sering dilihat begitu akrab dan mesra walaupun sekadar hanya mengikat tali pertunangan.

Advertisement

Baru-baru ini, netizen ada bertanyakan soalan adakah Ayda kini tinggal sebumbung dengan tunangnya itu kerana sering saja dilihat bersama Nabil pada setiap waktu dan ketika.

Namun begitu, Ayda tampil menjelaskan bahawa dia berada di rumah Nabil hanyalah untuk berbincang mengenai hal perkahwinan mereka sahaja dan dalam pada masa yang sama, ahli keluarga Nabil turut ada di dalam rumah itu.

View this post on Instagram

??? . Kita tengah busy meeting, Rayyan & Maya nak dance tiktok! Okay! So keluarlah muka tak puas hati @nabilmahir last part tu. Sambil minum kopi dangdut aaaah! Wkwkwk! Haha! . Korang rasa apa dia mengupat dalam hati tu eh? Saya rasa dia tengah fikir apa tajuk lagu dorang menari ni. Dia ga tau. Pasti. ? . #AydaJebat #NabilMahir #WuvvWaff #KopiDangdut

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini turut menafikan dakwaan bahawa dia sering bermalam di rumah bakal mertuanya. Malah, Ayda turut mengaku yang dia sering ke sana kerana ingin mendalami ilmu agama dan selalu solat berjemaah.

Mengimbas kembali, Ayda dan Nabil dilaporkan telah mengikat tali pertunangan secara atas talian pada 28 April yang lalu dan sehingga kini masih belum mengumumkan tarikh pernikahan mereka kepada peminat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. OrgPengkalanBatuMelaka

    October 30, 2020 at 4:11 pm

    byk buat masalah sejak sebelum jadi artist dulu..

  2. Ewclit

    October 28, 2020 at 4:27 pm

    Sibuk la korang. Biarlah dia nak buat apa

  3. Concerned citizen

    October 23, 2020 at 8:52 am

    Baru bertunang bukan berkahwin. Lebih elok jangan ambil gambar laga pipi. Tu je. Dan letak hashtag #familygathering.

  4. tecit

    October 22, 2020 at 11:38 am

    HA KAN SNG. MENGHURAIKAN KEKUSUTAN FIKIRAN ORG LAIN. LG SENANG TIAP KALI NK UPLOAD GMBA2 GITU BTAU ADE MEETING. XTIDO. BUAT JELA HASHTAG TERUS SBB DAH SELALU SGT. BIAR ORG FHM N NO MISUNDERSTANDING

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama