“Kadang-Kadang Solat Jemaah Sekali,” – Nafi Tidur Rumah Nabil Mahir, Ayda Jebat Jawab Kegusaran Netizen

Hiburan

“Kadang-Kadang Solat Jemaah Sekali,” – Nafi Tidur Rumah Nabil Mahir, Ayda Jebat Jawab Kegusaran Netizen

Ayda Jebat dan Nabil Mahir merupakan pasangan yang tidak asing lagi dalam industri seni kerana kini sedang asyik dilamun cinta dan difahamkan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Namun begitu, pasangan ini sering saja dihimpit kontroversi kerana sering dilihat begitu akrab dan mesra walaupun sekadar hanya mengikat tali pertunangan.

Advertisement

Baru-baru ini, netizen ada bertanyakan soalan adakah Ayda kini tinggal sebumbung dengan tunangnya itu kerana sering saja dilihat bersama Nabil pada setiap waktu dan ketika.

Namun begitu, Ayda tampil menjelaskan bahawa dia berada di rumah Nabil hanyalah untuk berbincang mengenai hal perkahwinan mereka sahaja dan dalam pada masa yang sama, ahli keluarga Nabil turut ada di dalam rumah itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini turut menafikan dakwaan bahawa dia sering bermalam di rumah bakal mertuanya. Malah, Ayda turut mengaku yang dia sering ke sana kerana ingin mendalami ilmu agama dan selalu solat berjemaah.

Mengimbas kembali, Ayda dan Nabil dilaporkan telah mengikat tali pertunangan secara atas talian pada 28 April yang lalu dan sehingga kini masih belum mengumumkan tarikh pernikahan mereka kepada peminat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...