“Kadang-Kadang Salah Faham Dan Merajuk” – Isa Khan Tak Nafi Ada Dugaan Sepanjang Bertunang

Hiburan

“Kadang-Kadang Salah Faham Dan Merajuk” – Isa Khan Tak Nafi Ada Dugaan Sepanjang Bertunang

Seolah tidak menafikan bahawa dirinya juga terpalit dengan dugaan sepanjang proses pertunangan bersama pelakon hebat tanah air, Risteena Munim, pelakon Isa Khan mendedahkan beliau juga sering kali berdepan salah faham.

"Kadang-Kadang Salah Faham Dan Merajuk" - Isa Khan Tak Nafi Ada Dugaan Sepanjang Bertunang

Advertisement

Menurut Isa, situasi seperti salah faham dan merajuk itu sering berlaku namun ia bukanlah satu isu yang besar.

“Kadang-kadang ada salah faham dan merajuk. Saya tak nafikan pasal itu sebab tipu sangat. Kalau dia merajuk sekalipun sebab dia sayang saya. Merajuk tu sebenarnya nak perhatian saja.”

Kata Isa, beliau kini amat bersyukur dengan kehadiran Risteena dalam kehidupannya.

"Kadang-Kadang Salah Faham Dan Merajuk" - Isa Khan Tak Nafi Ada Dugaan Sepanjang Bertunang

“Risteena seorang yang boleh jaga saya. Dia satu-satunya. Dia juga jaga keluarga saya terutama ibu saya. Saya takda ayat untuk ‘describe’ tentang Risteena. Dia segalanya. Mungkin ramai tak tahu tapi saya rasai setiap momen dengan dia.”

Terdahulu, Risteena Munim akui risau apabila terpaksa meninggalkan tunangnya, Isa Khan untuk menjalankan perniagaan mereka berseorangan.

"Kadang-Kadang Salah Faham Dan Merajuk" - Isa Khan Tak Nafi Ada Dugaan Sepanjang Bertunang

Katanya, itu juga merupakan dugaan paling berat yang perlu ditempuhinya sepanjang bertunang dengan jejaka itu.

Sekadar informasi, Risteena dan Isa telah selamat bertunang pada 23 November 2019. Malah, pasangan ini juga khabarnya  dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Namun tarikh majlis perkahwinan mereka masih belum ditetapkan susulan penularan wabak COVID-19.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...