“Kadang-Kadang Kita Tak Sedar Pun Bila-Bila Hati Suami Beralih Arah”

Trending

“Kadang-Kadang Kita Tak Sedar Pun Bila-Bila Hati Suami Beralih Arah”

Aku baru bercerai, minggu lepas. Aku minta, sebab dia dah sukakan perempuan lain. Kawan sekerja dia. Aku tak kerja, aku berhenti selepas berkahwin, no, I never regret that. Duit nafkah aku, dulu dia tak pernah miss, aku simpan, duit guna sedikit-sedikit bila rasa perlu. Tak mengapalah.

Advertisement

“Tak Sedar Bila Hati Suami Beralih Arah”

Yang aku nak cerita sekarang, kadang-kadang kita tak sedar pun bila-bila hati suami beralih arah.

Aku tak pasti bila.

Aku rasa rumahtangga kami macam biasa saja, ada gurau senda, macam biasa, tak ada pernah bergaduh bermasam muka, tak pernah.

Aku rasa macam aku dah jaga penampilan aku bila dia ada di rumah.

No, aku bukan nak cari kesalahan bekas suami, tidak. Dia juga mungkin tak perasan, bila hati dia dah mula sukakan orang lain selain aku.

Selama ini aku tak pernah perasan ada orang ketiga antara kami. Ignorantnya aku. Aku tak pernah ambil tahu hal sosial dia di tempat kerja.

Balik rumah, tanya how’s your day, he said, macam biasa. Dan hubungan kami memang macam biasa.

Minta Izin Kahwin Lain

Satu hari dia balik, beritahu dia nak minta izin untuk berkahwin seorang lagi. Aku terdiam. Aku masuk bilik, aku berkurung. Tak boleh nak menangis, tapi dada rasa sesak, sebak. Rasa nak cungkil keluar letak dekat luar.

Sehari semalam aku berkurung dalam bilik. Tak keluar tak makan. Aku cari apa salah aku. Aku cari juga apa lainnya dia sepanjang hubungan kami, enam tahun, dan kami tak dikurniakan anak.

Hari kedua, aku keluar bilik, aku tanya dia, sejak bila sukakan perempuan itu, dia cakap dah hampir setahun. Aku diam.

Aku tanya kenapa, dia cakap, dia nak anak. Sendiri.

Masalahnya sekarang, kami berdua subur, bukan tak pernah usaha, pernah. Lepas tu aku dah tak tanya banyak. Aku diam. Sebab aku tak tahu apa yang aku perlu tanya. Aku nak dia buat pilihan, perempuan tu atau aku, dia diam, kemudian dia cakap, dia dah jumpa keluar perempuan tu dan dah berjanji nak kahwin.

Aku diam lagi. Apa lagi yang aku nak cakap.

Lepaskan Aku

Aku minta dia lepaskan aku cara baik. Dia diam. Seminggu aku tak bercakap dengan dia, hanya buat rutin biasa, sedia makanan, sedia pakaian dia, aku masuk bilik berkurung. Tak ada fikir apa-apa pun, aku rasa kosong.

Masuk minggu kedua, perempuan itu sekali pun tak ada datang jumpa aku.

Kemudian sekali lagi dia cuba berbincang untuk berpoligami, sekali lagi aku cakap tak nak. Itu la pertama kali dia marah aku beria, katanya aku keras kepala dan mengungkit segala nafkah yang tak pernah tertangguh dan dalam keadaan marah, dia lafazkan cerai.

Dan hari ini, aku dapat tahu aku sah mengandung 12 minggu. ###

Sumber: Curiouscat Ashraf Ariff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...