Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kadang-Kadang Kita Keliru Orang Sayang Sebab Harta Atau Ikhlas – Aliff Syukri

aliff syukri cerai

Sejak beberapa hari lalu, sedang hangat diperkatakan mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga, Datuk Seri Aliff Syukri. Malah, kapsyen usahawan kosmetik itu yang penuh dengan maksud tersirat mengundang persoalan ramai.

aliff syukri

Advertisement

Baru-baru ini, Aliff menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa keliru dengan kasih sayang seseorang adakah ianya tulus ikhlas atau hanya bersandarkan wang ringgit semata-mata.

Kadang-kadang kita keliru orang sayang kita sebab duit atau ikhlas. Bahaya kalau sayang sebab duit dan rapat sebab duit sebab duit akan habis. Siapa setuju?

aliff syukri cerai

Lebih menjadi tanda-tanya, Aliff juga sudah lama tidak memuat naik foto bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Rata-rata netizen juga bertanya mengapa Aliff tiada pada sambutan hari lahir isterinya bar-baru ini. Ia seakan menguatkan lagi dakwaan bahawa hubungan mereka suami isteri bermasalah dan rumah tangga mereka goyah.

Advertisement

aliff syukri cerai aliff syukri

Terdahulu, timbul spekulasi mendakwa Shahida telah memfailkan perceraian di mahkamah. Bagaimanapun, dia dan Aliff memilih untuk berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenai status rumah tangga mereka.

Sumber Berita : Projek MM

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. norsharezza binti zainal

    March 22, 2020 at 9:25 am

    bila dah banyak duit tak tahu dah siapa yg sayang kita tulus atau tidak..sebenarnya tak penting pun yang penting kita tanya diri kita, kita berikan kasih sayang tulus atau tidak pada org lain atau kita beli kasih sayang dari org untuk buat org sayang kita…kalau hati ikhlas dan tak riak..InsyAllah kita akan dapat pulangan yang baik untuk hidup kita….

  2. bukamatatusikit

    March 22, 2020 at 8:33 am

    Datin dah bnyak telan karenah kau, lahirkan anak2 kau, bersabar dgn kau.. lagi mau bising? Pompuan waras mana yg boleh tahan perangai kau tau nak enjoy je 24jam? Tkda ciri2 ketua keluarga yg boleh dihormati pun.. Asyik kemaruk nak kejar glamor & publisiti murahan memanjang. Lepas ni klau kau dah solo, kau bolehla gunakan soklan “harta atau ikhlas” kau tu utk cari calon bini baru kau.. baru betul! Org kaya cetek akal.. #memanglevelsajat

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top