“Kadang-Kadang Kami Masih Bergaduh Tapi..” – Shakilla Koriri Dedah Hubungan Terkini Dengan Fizi Ali

Hiburan

“Kadang-Kadang Kami Masih Bergaduh Tapi..” – Shakilla Koriri Dedah Hubungan Terkini Dengan Fizi Ali

Pelakon, Shakila Khoriri memaklumkan hubungan terkini dengan bekas suami, Fizi Ali masih dingin walaupun mereka sudah bercerai hampir tiga tahun lalu.

Shakila atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata dia dan Fizi kadang-kala masih bergaduh tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian dihadapan anak perempuan mereka, Nurul Ameena Sofia.

Advertisement

Kadang-kadang kami masih bergaduh tapi hanya dalam telefon saja sebab tak nak tunjuk depan anak.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 33 tahun itu memaklumkan bekas suaminya sering memberi peringatan kepadanya untuk tidak bergaduhan dihadapan anak.

Ketika kami bersama pun, Fizi mengajar untuk jangan depan anak. Ada apa-apa pun, belakang anak.

Bagaimanapun, Shakila menerima ketentuan takdir dimana dia dan bekas suami sudah mempunyai kehidupan dan bahagia dengan cara masing-masing.

Dengar cerita dia pun nak kahwin, good for him. Cumanya, satu perkara yang sesiapa yang bersama dengan dia perlu tahu, dia ada anak perempuan.

Jadi, fokus dia pada anak perempuan. Kalau kami berhubung tu bukan untuk getback ke apa, cuma semata-mata tentang anak.

Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati itu berharap bakal isteri Fizi menghomati hubungan anak perempuannya dengan bapanya.

Kita tak ada cakap soal hati atau kenangan lama. Jangan salah faham, tolong hormat hubungan bapa dengan anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

reen rahim marah
1 year ago

"Agak Tidak S*al Juga.." - Dikecam 'Post' Video Tak Pernah Bangun Sahur, Reen Rahim Hilang Sabar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...