Selepas khabar berita sedih mengenai mayat Allahyarham Nizda Afhan dijumpai di kawasan jambatan Sungai Klang tular, platform media sosial arwah kini menjadi perhatian ramai.
‘Repost’ video tentang ajal
Difahamkan, tindakan Afham mengulang siar atau repost sebuah video di platform TikTok mengenai kematian juga raih perhatian.
Konten video tersebut mengenai ajal seseorang boleh diambil oleh Allah SWT pada bila-bila masa, tidak kira umur ataupun tempat.
Ulang siar tiga hari sebelum meninggal
Kadang-kadang Allah cabut nyawa kita tak kira masa dan tempat, balik kerja naik motor, hujan dah elok nak masuk coner simpang depan itu, motor lain langgar dari belakang jatuh tergolek tengah jalan. Kereta lain pula mai lenyek, Allah.
Difahamkan, video tersebut baru saja diulang siar oleh arwah tiga hari sebelum kematiannya.
Sebelum ini, penyanyi Aufahanie memaklumkan bahawa abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar untuk jogging di Stadium Klang.