Kad Permainan UNO Tampil Dengan Rekaan Lebih Minimalist Dan Menawan

Trending

Kad Permainan UNO Tampil Dengan Rekaan Lebih Minimalist Dan Menawan

Permainan UNO sememangnya permainan terbaik untuk anda bermain bersama rakan-rakan dan keluarga pada masa terluang. Lagi-lagi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, permainan kad UNO boleh membantu menghilangkan bosan sambil meluangkan masa dengan keluarga.

Kini Mattel memberikan satu transformasi baru untuk permainan ini dengan rekaan yang lebih menarik daripada sebelum ini. Direka khas oleh pereka dari Brazil, Warleson Oliveira rekaan kali ini menampilkan ciri-ciri minimalist dengan rekaan kemas berwarna hitam.

Advertisement

uno game

uno game

uno game

uno game

Rekaan minimalist ini atau dikenali sebagai pek Uno Minimalista dilaporkan akan berada di pasaran dalam masa terdekat ini pada harga USD$10 (RM 42.83). Untuk penggemar permainan UNO, inilah masanya untuk anda mendapatkan edisi ini sebagai koleksi anda.

Artikel berkaitan: Tahukah Anda, Pemain UNO Yang Diarah Mengambil 6 Kad Sebab Kad +4 Dan Kad +2 Pasti Menyesal Bila Tahu

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...