“Kad Pengenalan & Kad Bank Saya Hilang, Memang Tak Jumpa..” – Pelajar UPSI

Trending

“Kad Pengenalan & Kad Bank Saya Hilang, Memang Tak Jumpa..” – Pelajar UPSI

Salah seorang mangsa nahas bas yang membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Perak iaitu Abdul Wafiy Kamarudin memberitahu majoriti mangsa yang disahkan meninggal dunia semalam adalah mereka yang duduk di bahagian kiri bas.

Bercakap kepada Bernama TV, Abdul Wafiy memberitahu ketika kejadian, dia berada di sebelah kanan bahagian belakang kenderaan.

Advertisement

nahas pelajar UPSI

Kebanyakan yang duduk di sebelah kanan memang tercampak keluar dan masuk ke dalam longkang.

 

Manakala yang berada di sebelah kiri memang tersepit dan majoriti yang meninggal dunia adalah mereka yang duduk di bahagian kiri.

Walaupun kebanyakan mangsa yang berada di sebelah kanan terselamat, namun ada juga yang terkorban.

Kesemua yang meninggal terdiri daripada 10 pelajar wanita dan lima lelaki. Di dalam bas ini ada lapan pelajar lelaki dan saya antara tiga yang terselamat.

Kata Abdul Wafiy, dia kembali ke lokasi kejadian untuk memeriksa dan mengambil barang-barang peribadinya, namun didapati ada yang telah hilang.

Ada beberapa barang peribadi saya yang hilang seperti gajet-gajet saya yang ada dalam beg.

 

Yang paling penting sekali, kad pengenalan serta kad bank saya. Itu yang hilang dan memang saya tak jumpa.

Nahas Pelajar UPSI: Pelajar Dakwa Pemandu Bas Tak Perlahankan Kenderaan Walaupun Diminta
4 hours ago

Nahas Pelajar UPSI: Pelajar Dakwa Pemandu Bas Tak Perlahankan Kenderaan Walaupun Diminta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...