Sekeping kad kahwin yang tertera nama Marsha Milan Londoh kini sedang tersebar dengan begitu pantasnya di laman sosial. Di dalam kad itu tertulis nama Marsha bersama pasangannya, Mohamed Shaiful Nizam. Manakalah tarikh jemputan di dalam kad itu adalah pada 8 Januari 2016 yang bakal berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Marsha telah mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki Melayu.. Adakah Mohamed Shaiful Nizam lelaki tersebut? Apa pun, selama ini Marsha sering gagal dalam percintaan, jadi jika kad kahwin ini adalah benar, tahniah diucapkan. Akhirnya kebahagiaan yang dicari ditemui jua.
Diharap Marsha akan tampil dengan penjelasan tidak lama lagi. Benda-benda baik sebegini tak perlu disorok. Pasti ramai peminat yang tak sabar nak ucapkan tahniah sekiranya berita ini adalah benar. Sumber Forum Cari.