March 3rd, 2014

Sabtu ini bersamaan dengan 8 Mac, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akan disatukan sebagai suami isteri. Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pasangan sama cantik sama padan ini bergelar pengantin baru. Abang Nara juga teruja dan semakin tak sabar apabila melihat kad kahwin mereka berdua.
kad kahwin syamsul yusofCantik dan smart kan? Rasanya pertama kali Abang Nara melihat kad kahwin berwarna hitam. Kad yang cantik menarik ini direka dan ditaja oleh Khyro Design. Daripada apa yang Abang Nara baca, majlis pernikahan Syamsul dan Puteri Sarah kelak akan bertemakan Arab. Pasti menarik!!!
kad kahwin syamsul yusof
Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Hanya tinggal lebih kurang 5 hari sahaja lagi sebelum hari pernikahan. Semoga Syamsul tidak gementar di atas bantal pernikahan kelak. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, selamat pengantin baru diucapkan buat anda berdua.


Comments are closed.

Loading...