Sedia maklum, pempengaruh dan usahawan hebat, Khairul Aming antara individu yang ‘turun padang’ bagi menghulur bantuan buat penduduk yang menghadapi situasi banjir di Kelantan.
Malah, Khairul Aming atau KA juga membentukkan pasukan sukarelawan untuk mengagihkan makanan, pakaian, serta banyak lagi bantuan lain buat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Mangsa banjir kesal barang bantuan dicatu
Namun begitu, tular di platform TikTok satu video yang dimuat naik oleh seorang mangsa banjir yang duduk di PSS mendakwa bantuan yang diberi oleh KA tidak diagih dengan betul.
Dakwa mangsa banjir itu, pihak bertanggungjawab yang mengendalikan barangan bantuan itu telah menyalahgunakan amanah dengan membahagikan bantuan yang diberi secara tidak adil.
‘Tok penghulu’ tak bertanggungjawab?
Memang teruk ketua kampung sini. Saya dah bertanya kepada tok penghulu tapi dia beritahu bantuan dari Khairul Aming ni bawah dia jadi sesuka hati dia nak buat macam mana.
Meninjau di ruangan komen, terdapat beberapa individu yang berkongsikan pengalaman sama sewaktu tinggal di PPS tetapi ada juga yang pertahankan tindakan Tok Penghulu itu mencatukan barangan bantuan kerana barangkali tidak cukup buat mangsa-mangsa banjir.