“Kacau Saya, Awak Akan Menyesal” -Difitnah Tak Bayar Gaji Pekerja, Intan Najuwa ‘Amuk’

Hiburan

“Kacau Saya, Awak Akan Menyesal” -Difitnah Tak Bayar Gaji Pekerja, Intan Najuwa ‘Amuk’

Baru sahaja berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung, pelakon Intan Najuwa didakwa dengan satu pertuduhan tidak membayar gaji pekerjanya, semalam.

Difahamkan, seorang individu tampil membuat kenyataan berikut dan ia mendapat respon Intan Najuwa.

Advertisement

Kata Intan, dia tidak pernah terlepas membayar gaji dan hanya akan memberhentikan pekerja sekiranya mereka culas dan bermasalah.

Ini lagi seorang, siapa pula staff yang I tak bayar gaji ni. Melainkan kalau dia tak buat kerja, memang I buang terus. Staff songlap duit I ada la. Staff curi duit I dari ATM pun ada.

Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang hutang dengan sesiapa dan sentiasa menjaga kebajikan para pekerjanya.

Spill the tea please. Saya pun tertanya-tanya. Sorry ya, saya tak ada hutang duit orang. Orang hutang saya ramai dan semua staff I yang kerja dengan I, kerja dapat gaji siap bonus lagi.

So kalau setakat nak burukkan nama saya, beringat sikit. Mess with me and you will regret it.

Sementara itu, Intan juga memberi masa 24 jam untuk individu itu tampil bersemuka dengannya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

Namun, tidak lama kemudian, Intan memaklumkan dia akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rita rudaini berang podcaster buli lucu
2 months ago

"Dengan Rasa Bangga Bercerita" - Rita Rudaini Kesal Podcast Anggap Kisah Pelajar Letak Racun Tikus Di Asrama Sebagai Jenaka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...