Kacau Rumah Tangga Orang Lain? Ini 5 Hukuman Berat Untuk Perampas Suami Atau Isteri Orang

Kehidupan

Kacau Rumah Tangga Orang Lain? Ini 5 Hukuman Berat Untuk Perampas Suami Atau Isteri Orang

Seringkali kita mendengar mengenai kisah rumahtangga pasangan suami isteiri yang diganggu dengan kehadiran orang ketiga, tidak kiralah lelaki ataupun perempuan.

Tapi tahukah anda, terdapat hukuman di sisi undang-undang yang menanti anasir-anasir ini dan ia tidak tertakluk kepada individu yang mengacau hubungan suami isteri sahaja tau!

Advertisement

asfas

Antara kesalahan-kesalahan melibatkan institusi kekeluargaan yang boleh mendatangkan hukuman berat adalah seperti:

1. Melarikan isteri orang

Tidak kiralah dipaksa atau si isteri itu rela ‘dilarikan’ lelaki yang menggoda dan mengacau rumah tangga orang lain boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 / penjara 3 tahun / 6 kali sebatan atau kesemuanya sekali tertakluk di bawah Seksyen 44.

2. Melakukan hubungan intim dengan suami/isteri orang

sfas

Jika didapati melakukan perkara di atas, lelaki atau perempuan yang melakukan hubungan intim boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000/ penjara 3 tahun / 6 kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman di bawah seksyen 30 enakmen kesalahan jenayah syariah.

3. Hasut pasangan suami isteri untuk bercerai

Mungkin pada mulanya hanya untuk menasihati pasangan suami isteri mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi, namun seseorang yang didapati menghasut, memuju atau memaksa mana-mana individu yang sudah berkahwin untuk bercerai adalah salah di sisi undang-undang.

Anda boleh dikenakan denda tidak melebih RM5,000 / penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah seksyen 46 enakmen kesalahan jenayah.

4. Kesalahan muncikari

fasf

Anda yang menjadi ‘orang tengah’ seperti membantu rakan-rakan untuk berhubungan dengan mana-mana suami atau isteri orang boleh dikenakan penjara 3 tahun / denda tidak melebih RM5,000 / 6 kali sebatan atau kesemuanya sekali di bawah seksyen 28 enakmen kesalahan jenayah syariah.

5. Dengan sengaja ganggu rumahtangga orang

Mungkin tidak senang melihat kebahagiaan rumahtangga orang lain, ada yang sengaja ingin menganggu perkahwinan dengan memporak-perandakan hubungan suami isteri.

Anda boleh dikenakan denda tidak melebih RM3,000 / penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekai di bawah seksyen 43 enakmen jenayah syariah.

harga potong ayam
3 years ago

“Sekilo Kena 80 Sen” - Netizen Bengang Ada Peniaga Caj Harga Lain Kalau Minta Potong Ayam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Redaksi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...