Bagi sesiapa yang tinggal di Johor Bahru, kacang pool adalah makanan yang tidak asing lagi. Biasanya dimakan bersama roti, ia adalah kacang parang yang dimasak bersama daging kisar, lada hitam, ketumbar dan serbuk kari yang ditumis dengan minyak sapi.
Sebut sahaja tentang kacang pool, memang ramai yang akan mengaitkan makanan itu dengan negeri Johor. Tapi tahukah anda yang sebenarnya kacang pool bukanlah makanan asal penduduk Johor?
Asal usul
![penduduk mesir](https://i.postimg.cc/2Snv5NpK/EJo-O2-G9-UUAAeq-RR.jpg)
Gambar hiasan
Sejarah Mesir ini bermula kira-kira 6,000-8,000 tahun lalu, di tepi tasik oasis Al-Fayum. Antara faktor mengapa tamadun ini berkembang kerana ia terletak di Sungai Nil.
Di tebing Sungai Nil inilah pertanian berkembang pesat, dan sungai ini sangat penting dalam kehidupan orang-orang Mesir. 90% penduduk Mesir tinggal di tebing sungai ini.
![kacang pool](https://i.postimg.cc/9QcTzNWX/EJo-O5gk-VAAENi-SJ.jpg)
Ramesses III dikatakan pernah menawarkan 11,998 balang berisi kacang parang kepada Tuhan Sungai Nil yang bernama Hapi dan Sobek. Kacang parang ini ada diceritakan dalam catatan sejarawan Greek, Heredoctus dan serta dalam kitab Injil. (Samuel 17: 27-28, Ezekiel 4: 9).
Resepi kacang pool
![kacang pool](https://i.postimg.cc/zDnVWS2y/keto-kacang-pol-pool-recipe-fava-beans-arab-johor-resipi-ketojul.jpg)
Kredit: Ketojules
Penemuan resipi terawal ful medames ialah pada sekitar kurun ke-4 Masehi walaupun ramai sejarahwan mengatakan resipi ini wujud lebih awal lagi. Cara memasaknya ialah merebus kacang parang tersebut hingga lembut, kemudian ditumis bersama rempah dan daging.
Antara daging yang sering digunakan ialah basturma, iaitu daging yang diawet, yang ditumis bersama rempah seperti jintan manis sebelum dimasukkan kacang parang yang direbus tadi dan dilenyekkan sebelum ia dimakan dengan roti.
Masakan ini begitu popular sebagai makanan sarapan pagi di Mesir, dan ia mula meluas terutamanya di sekitar Palestin, Syria dan Turki. Pada kurun ke-11, orang makan kacang ful selepas pergi mandi di rumah mandi awam di sekitar Bab Zuweila.
Bagaimana sampai ke Johor?
![sultan johor](https://i.postimg.cc/T2qnG66N/1-935.jpg)
Kredit: The patriots
Kapal yang dinaiki Baginda Sultan berhenti di Port Said, pelabuhan utama di Terusan Suez yang pada ketika itu baru dibuka oleh British. Terusan Suez telah mendekatkan perjalanan dari Eropah ke Timur, tanpa perlu mengelilingi benua Afrika, siap dibina pada 1869.
![pelabuhan](https://i.postimg.cc/8kMgzZK0/EJo-PDe-XUc-AEAu-YK.jpg)
Selain itu, kehadiran ramai orang Arab di Johor menyebabkan kacang pool berada di negeri ini. Hari ini kacang pool dinikmati di seluruh Malaysia, tetapi ia lebih popular di Johor, terutamanya di Larkin iaitu di Kacang Pool Haji.
Jadi begitulah dia sejarah asal usul kacang pool yang menjadi hidangan kegemaran kini. Tetapi ada juga beberapa teori lain berkenaan hidangan kacang pool ini yang dikatakan berasal dari hidangan orang Arab di Mekah.