Kacakkan Diri Anda Dengan Contact Lens Freshlook Illuminate

Hiburan

Kacakkan Diri Anda Dengan Contact Lens Freshlook Illuminate

[note] Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru[/note]

freshlook illuminate

Advertisement

#Saya dalam artikel ini ialah Abang Nara.

Semasa kanak-kanak, saya merupakan seorang yang gila membaca buku. Habis semua novel, majalah dan komik saya baca. Tak kira masa dan tak kira tempat. Malah kadang-kadang kat tempat gelap dan tak cukup cahaya pun saya membaca. Akibatnya, mata saya mula menjadi rabun.

freshlook illuminate contact lens

Inilah cermin mata saya sekarang ini. Ketebalannya memang agak melampau di situ. Ditambah pulak dengan kerjaya sekarang yang memerlukan saya menghadap computer sepanjang hari, peratusan power spek untuk berkurangan hampir tiada.  Memang sangat menyedihkan.

freshlook illuminate

Satu perkara yang saya perasan apabila memakai cermin mata ialah mata saya akan menjadi lebih kecil dari biasa. Malah bulu mata saya yang lebat itu tak kelihatan. Paling sedih, kekacakan saya berkurangan sebanyak 50% terutamanya semasa mengambil gambar. Nasib baiklah ada contact lens Freshlook Illuminate.

contact lens

Sesungguhnya contact lens FreshLook Illuminate ini memang datang tepat pada masanya untuk diri ini. Memang selama ini saya ada memakai contact lens terutamanya semasa pergi blogger event, tapi contact lens yang dipakai adalah jenis setahun pakai. Contact lens Freshlook Illuminate ini adalah jenis daily disposable lens. Pakai sehari terus buang. Maka kebersihan dan kesegaran mata saya pasti terjamin. Tidak ada lagi masalah mata cepat merah dan pedih. Hebat kan?

freshlook

Apa yang bagusnya dengan Freshlook Illuminate daily disposable contact lens ? Selain dari kebersihan dan kesegaran mata saya akan terjamin, saya juga ak payah nak fikir-fikir dan nak bazirkan masa membersih dan menyimpan contact lens. Hari nie pakai satu, esok dah pakai yang lain. Jimat masa dan tenaga. Freshlook Illuminate daily disposable contact lens nie memang sangat sesuai dengan orang yang aktif bersukan, suka berjalan ke hulu ke hilir dan selalu sibuk dengan tugasan harian macam saya nie.

freshlook best

Dan yang paling menarik tentang contact lens Freshlook Illuminate ini ialah bila saya memakainya anak mata saya akan kelihatan lebih bersinar. Mata akan nampak cantik, menarik dan tertarik. Walaupun perubahan ini nampak kecil, tapi kini saya lebih yakin untuk mengenyit mata terhadap awek-awek di shopping kompleks. Sebabnya saya rasa lebih yakin dan bergaya bersama contact lens FreshLook Illuminate.

contact lens

Untuk pengetahuan anda semua, contact lens FreshLook Illuminate ini direka khas untuk mata orang Asia. Kebanyakkan mata orang Asia ini kecik-kecik dan sepet-sepet. Jadi sebab itulah contact lens Freshlook Illuminate ini ada fungsi  untuk menampakkan mata penggunanya lebih berseri, bersinar dan memikat dari biasa. Senang cerita memang tertarik menarik kau memang da boom ~~

contest contact lens

Kalau anda masih tak yakin dengan contact lens Freshlook Illuminate ini, jangan risau sebab pihak CIBA VISION bermurah hati untuk memberikan contact lens secara percuma kepada anda. Anda cuma perlu melawat laman web Freshlook Illuminate dan sign-up untuk mendapatkan free trial pack. Bukan sehari punya trial pack yang akan diberi, tapi 3 hari untuk anda benar-benar puas hati mencuba sebelum membeli contact lens FreshLook Illuminate. Masa mendaftar tue pastikan anda menjawap 2 soalan yang sangat mudah dengan betul untuk membolehkan anda memenangi Rm500 dan 30 hari percuma bekalan contact lens.

gambar contact lens

Kini saya lebih berkeyakinan diri dan perasan lebih kacak dengan menggunakan contact lens Freshlook Illuminate. Anda bila lagi? Jangan lupa sign up di website FreshLook Illuminate untuk mendapatkan 3 hari bekalan contact lens percuma untuk anda tampak lebih handsome dan bergaya. Anda juga boleh jadi macam saya!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...