“Kacak Tom Cruise”-TOP GUN: MAVERICK Tawan Billboard Kuala Lumpur Buat Peminat Teruja

Hiburan

“Kacak Tom Cruise”-TOP GUN: MAVERICK Tawan Billboard Kuala Lumpur Buat Peminat Teruja

36 tahun penuh penantian, akhirnya peminat setia filem Top Gun yang diterajui hero kacak Tom Cruise bakal disajikan dengan sequel TOP GUN: MAVERICK.

Kehangatan ni dapat apabila ramai peminat memuat naik keterujaan mereka untuk menyaksikan filem ini di media sosial. Malah kami dapat tahu yang filem TOP GUN: MAVERICK ni sampai tawan Billboard kat Pavilion Kuala Lumpur. 

Advertisement

Haaa.. Bagi meraikan tayangan TOP GUN: MAVERICK di pawagam Malaysia pada 26 Mei ini, United International Pictures Malaysia (UIP) memaparkan Anamorphic 3D TOP GUN: MAVERICK di Pavilion Kuala Lumpur.

Animasi 3D dengan durasi 30 saat ni akan dipaparkan selama 2 minggu bermula 23 Mei sehingga 5 Jun. Malaysia merupakan salah satu daripada 10 negara terpilih untuk menayangkan animasi istimewa TOP GUN: MAVERICK selain Australia, Itali, Jepun, Korea, Singapura, Sepanyol, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Wow!

Jangan lepaskan peluang menyaksikan ‘gimik’ yang dibawakan TOP GUN: MAVERICK di Pavilion KL. Sambil tu anda juga boleh muat naik di media sosial dengan tanda pagar #TOPGUNMY dan #AKUMAVERICK.

Serbu pawagam berdekatan untuk menyaksikan TOP GUN: MAVERICK!

Pergh… Tengok trailer pun dah rasa teruja nak tonton dekat wayang nanti. Tak hairanlah filem ni dapat pujian daripada pengritik filem, kami yakin TOP GUN: MAVERICK ni akan jadi filem wajib tonton di pawagam tahun 2022.

Jadi tunggu apa lagi? Tempah tiket wayang anda sekarang untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan kisah aksi pengendali jet pejuang Tentera Laut paling dinanti. Filem macam ni tengok dekat wayang baru puas!

Sementara tunggu filem ni ditayangkan 26 Mei 2022, jom saksikan bagaimana pelakon filem ni mengendalikan jet pejuang dan berlatih demi menjayakan filem TOP GUN: MAVERICK. Hebat betul!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...