Sejak kebelakangan ini, anak-anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B dan Kacak sering menjadi topik utama orang ramai mengaitkan adik-beradik itu dengan kontroversi perkahwinan ibu mereka.
Pihak Gempak ada bertanyakan perasaan adik-beradik itu tentang kisah ibunya bersama bekas pembantu peribadi iaitu Iqbal. Masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza, dimana Cik B lebih kepada tidak mahu masuk campur melainkan media bertanya, tetapi bagi Kacak mereka sebagai anak tidak boleh terus berdiam dan perlu melakukan sesuatu.
Ditanya tentang video Kacak di TikTok menyebut No Money No Talk, dia hanya berkata itu hanyalah sekadar gurauan dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Kacak turut berkata semasa Iqbal melamar Vida, dia hanya menerima sahaja kerana terlihat bekas pembantu peribadi ibunya itu betul-betul mahukan Vida dan Cik B pula berkata mahu seseorang yang betul-betul mahu menjadi ayah, bukannya seperti kebudak-budakan.
Saya mahu yang betul-betul boleh menjadi ayah, yang bukan childish.
Menurut anak lelaki Vida, sekarang ini mereka lebih memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan sahaja apa yang hendak dilakukan oleh mereka tetapi akan tetap menjaga ibu kesayangannya itu.
Asalkan semua pihak bahagia itu sudah memadai.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.