January 18th, 2020

Selepas lebih setahun ‘menyorokkan’ wajah cinta hatinya, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedahkan rupa paras bakal suaminya, Mohammad Azlan di majlis berinai yang berlangsung Dewan Tun Dr Ismail Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada malam semalam.

elly mazlein dedah wajah bakal suami

Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina tampil begitu anggun dan cantik
mengenakan persalinan songket serba biru sedondon dengan tunangnya itu. Mereka ibarat pasangn putera dan puteri raja duduk di atas pelamin indah

Majlis berinai yang diadakan dengan penuh adat tradisi Melayu itu mengambil inspirasi Cik Siti Wan Kembang sebagai tema dan dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan rakan media.

elly mazlein

elly mazlein dedah wajah bakal suami

Pasangan ini bakal bernikah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra  pada hari ini dan majlis resepsi akan diadakan selepas itu.

Tahniah kami ucapkan kepada Elly Mazlein dan pasangan, semoga segalanya dipermudahkan dan ikatakan yang terbina kekal bahagia sehingga ke syurga.

Kredit Foto : Media Hiburan


10 responses to “Kacak! Elly Mazlein Akhirnya Dedah Wajah Bakal Suami”

  1. Tahniah akak Elly. Semoga berbahagia sentiasa..

  2. My Dandelion says:

    Tahniahh kak lina…semoga bahagia membina kehidupan berumahtangga dengan cikgu dan sephia…dan abah jugaa…

  3. Anonymous says:

    Moga Kak Lina happy2 selalu.

  4. Mohd Zain Bin Omar says:

    diam itu lebih baik jika tiada perkara berfaedah utk d perkatakan. Jgn suma benda korang nk komen. Tersilap komen Jadik kondem. Betambah dosa percuma.

  5. tiktok says:

    haiiit kosong tak ade y komen

Loading...