Juventus Keluarkan Jersi Edisi Tulisan Jawi, Netizen Persoalkan Penggunaan Nombor Ikut Bahasa Inggeris

Fesyen

Juventus Keluarkan Jersi Edisi Tulisan Jawi, Netizen Persoalkan Penggunaan Nombor Ikut Bahasa Inggeris

Baru-baru ini, pasukan bola sepak Juventus telah berkerjasama dengan Adidas dalam menghasilkan jersi dengan kaligrafi bahasa Arab. Jersi edisi khas itu hadir dengan rekaan terbaru dengan nama pemain yang ditulis dalam bahasa Jawi.

Jersi tersebut akan digunakan untuk Piala Super Itali 2019 yang akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi. Ini juga adalah kali pertama jersi dengan kaligrafi bahasa Arab dilakukan. Koleksi edisi khas ini juga adalah untuk memberikan penghormatan kepada seni tradisional kaligrafi bahasa Arab.

Advertisement

jersi bahasa arab juventus

jersi bahasa arab juventus

Penggunaan nombor 

Ada netizen yang mempersoalkan penggunaan nombor pada jersi itu yang tidak mengikut nombor di dalam bahasa Arab. Pada pandangan mereka, lebih elok jika nombor tersebut juga mengikut nombor dalam bahasa Arab. Tetapi pengguna Twitter ini menjelaskan, nombor yang digunakan pada jersi ini adalah sebenarnya nombor di dalam bahasa Arab.

Ada yang tanya, kenapa nombor tak ikut arab sekali? Tahukah anda, nombor yang kita selalu guna itulah nombor Arab? Dan nombor yang kita ingat itu nombor Arab, ialah nombor India?

Saya tahu perkara ini masa saya nak mohon sambung belajar ke Morocco. Guru saya, Sh el-Hasan Lahbabi, yang beritahu dia kata jangan guna nombor yang kamu sangka nombor Arab itu untuk berurusan dengan orang Maghribi. Tapi guna nombor yang kamu ingat tu nombor Inggeris.

al-khwarizmi-ahli-matematik-islam-sarjana

Kata beliau lagi, angka yang kamu ingat angka Inggeris tu angka Arab, dan yang kamu sangka angka Arab itu angka India sebenarnya. Dan Shaykh telah tunjuk al-Quran cetakan Maghribi, memang betul, angka ayat itu ditulis 1,2,3 dan seterusnya, sama macam muka surat.

Selain daripada penggunaan nombor ini, tahukah anda kenapa kebanyakan nama-nama negara utama berakhir dengan land, tan dan la? Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Percaya Tak Nama-Nama Utama Di Dunia Selalunya Berakhir Dengan Perkataan Land, Tan Dan La?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...