Mungkin anda pernah dengan nama Safiey Illias, yang meniti di mulut usahawan online sekarang ini dimana beliau merupakan seorang usahawan muda yang sangat berjaya di dalam bisnes sehingga menjadi jutawan di usia muda.
Namun mungkin juga ramai yang tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya seorang ‘Mak Nyah’.
Tapi semua itu dulu dan kisah lama. Terkini Safiey Illias sudah kembali ke pangkal jalan dan ingin berubah menjadi normal semula sebagai seorang lelaki.
Kisah pertukaran itu dikongsi oleh Facebook Ali Russia, seorang pendakwah.
Menerusi kisah Ali Russia, difahamkan, Safiey Illias mengikuti penulisan Ali Russia di Facebook dan menghubungi pendakwah itu untuk mengambil nasihat untuk berubah ke jalan yang benar; menjadi seorang lelaki semula.
Memetik dari perkongsian tersebut. Ali Russia berkata dia bersungguh-sungguh mahu menolong
adalah kerana satu kenyataan yang dibuat oleh usahawan itu.
“Satu kenyataan yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk membantunya ialah kerana beliau telah memberitahu aku yang beliau akan menjalani pembedahan membuang implan payudaranya kerana beliau tersangat ingin solat berjemaah, keluar dakwah dan ingin sangat untuk ke Mekah dan Madinah bagi mengerjakan Umrah….“, katanya.
Ikuti perkongsian penuh dari Ali Russia :
Alhamdulillah – Jutawan Jelita membuang Payudara kerana Allah dan Dakwah
Bismillahirrahmanirrahim…
Sebelum kalian terus membaca aku ingin maklumkan bahawa aku telah mendapat keizinan dan juga amanat dari tuan punya badan untuk aku membuat nukilan tentang ceritanya dan katanya cerita ini hanya lah untuk satu tujuan iaitu memberi pengajaran dan iktibar kepada mereka mereka yang senasib dengannya.
Barakallah…hari ke 2 aku keluar Tabligh ke Tawau untuk cillah 40 hari …dan aku bercadang untuk tidak menulis melalui medium muka buku ini sehinggalah aku tamat 40 hari, walaubagaimana pun hari ini aku terpaksa menulis atas dua tujuan…
Pertamanya kerana ia berkait terus dengan agama dan ke dua kerana atas hajat seorang hamba Allah yang ingin bertaubat…
Allah…Allah…tiada kata kata yang dapat aku lakarkan sebaik mungkin tentang hidayah yang menerpa umat Muhammad saw…dan tiada nada gembira yang dapat aku luahkan bila mendapat khabar dari beliau…hanya sujud syukur yang dapat aku buat.
Beliu terkenal di kalangan usahawan usahawan produk kecantikan dan juga bagi mereka yang mempunyai wawasan dalam bidang perniagaan…
Sedari usia remaja beliau telah berusaha, di awal persekolahan di tingkatan 4 beliau telah berniaga dan di bantu oleh ayahnya, sehingga lah di usia 19 tahun beliau telah menjadi jutawan muda…memiliki duit jutaan ringgit, kenderaan besar Hammer yang menjadi impian muda mudi serta rumah sendiri…tetapi…
Cerita
Safiey Illias…seorang jutawan muda yang cantik jelita juga menjadi mentor kepada usahawan usahawan di bawahnya..
Aku tidak mengenali beliau sehingga lah pada beberapa bulan yang lepas aku di beritahu oleh ahlia ku Ayunie Russ tentang perniagaannya…ahlia ku juga merupakan follower di facebooknya…
Kata ahlia ku pada suatu hari…”Abang…cuba abang baca status status di facebook Safiey Ilias…beliau muda tapi pandai berniaga…menjadi jutawan dalam usia 19 tahun..” aku di tunjuki facebook Safiey Ilias.
Masyallah…masyallah…cepat cepat aku baca DOA jauhi fitnah bila melihat perempuan cantik…
Orangnya teramat cantik dan bergaya, memandu kereta mewah Hammer serta berjaya di bidang perniagaan…
Dan selepas itu aku buat tak tahu dan tak kisah pun tentang facebook dan perniagaan wanita cantik bernama Safiey Ilias…
Masa berlalu hari demi hari…aku sibuk dan bussy dengan Dakwah dan keperluan Sushi sehingga lah hari hari terakhir aku keluar dari rumah untuk berada di Jalan Allah…bertabligh selama 40 hari bersama anak lelaki dan seorang anak saudara…
Sebagai seorang penulis atau Street Dakwah Writer, kebiasaan di masa masa infiradi takala ahli jemaah yang lain beristirehat dan tidur aku akan melayari internet membaca blog blog kegemaran tentang ehwal semasa dan Dakwah…dan secara tidak serius aku telah membuat reposting atau posting ulangan tentang kisah satu artikel mengenai Jemaah Khunsa atau Jemaah Mak Nyah yang keluar Dakwah dari tanah seberang…
Tidak di sangka sangka seorang wanita cantik jelita telah menulis di ruangan komentar aku dengan kata kata lebih kurang…
“Saya juga seorang Mak Nyah atau Pondan yang ingin berhijrah dan mahu mengenal Allah..”
Allah…Allah…hati aku mengigil panik dan tidak tahu apa yang harus aku balas…dan setelah itu aku melihat puluhan komentar komentar balas telah di tulis oleh mereka mereka yang tidak aku kenali dan dengan secara tidak berfikir panjang aku terus menulis…”Allahu…manusia di cipta indah oleh Allah…walaupun tidak cantik tetapi tetap indah…Safiey Ilias…lets meetup and have a cup of coffee..”
Keesokannya semasa aku nusrah jemaah kasih sayang dr. Sam Rasputin aku telah menerima meseg melalui wassap dari Safiey Ilias..katanya
“Tuan…saya Safiey Ilias yang komen di facebook tuan…saya PONDAN…….”
Panjang ceritanya dan panjang perbualan kami…isi perbualan hanya berkisar kepada luahan hatinya, bermula dari saat itu setiap hari kami menghubungi satu sama lain dengan tujuan untuk membantu beliau secara fizikal dan mental…Safiey Ilias ingin kembali menjadi lelaki…
Allahu…airmata menitik mendengar luahan hati dan perasaannya…rupa rupanya “wanita cantik” yang di khabarkan oleh ahlia ku itu adalah seorang lelaki…namanya Safiuddin bin Ilias…
Beliu menceritakan yang beliau kini mau kembali kepada fitrah asalnya…mau kembali menjadi seorang lelaki, ceritanya lagi seusianya remaja beliau begitu keliru dan tidak keruan perasaannya…zahirnya di lahirkan lelaki tetapi batinnya perempuan…
Jiwa dan perasaan keperempuanannya seoalah olah terpenjara di batang tubuh seorang lelaki, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengubah zahirnya menjadi perempuan…beliau menjadi perempuan dan wanita sehinggalah menjalani operasi untuk memiliki payudara…
Untuk sekian lama beliau menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan dan wanita, berpakaian dan perhiasan…semuanya seperti wanita.
Dengan jutaan wang ringgit yang di milikinya beliau membeli apa sahaja yang berjenama…pakaian wanita, beg tangan ribuan ringgit juga alatan makeup yang up to date..
Tetapi Allah kuasa Makhluk tidak ada kuasa….Allah mengasihi makhluk ciptaan NYA..
Barakallah…fitrah manusia, siapa sahaja…lambat laun pasti akan kembali kepada asal kejadian yang telah di jadikan oleh Tuhannya…
Dalam diam beliau membaca cerita cerita Dakwah dari facebook ku dan akhirnya beliu memberanikan diri untuk menyapa ku dan menceritakan segala galanya…
Satu kenyataan yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk membantunya ialah kerana beliu telah memberitahu aku yang beliau akan menjalani pembedahan membuang implan payudaranya kerana beliau tersangat ingin solat berjemaah, keluar dakwah dan ingin sangat untuk ke Mekah dan Madinah bagi mengerjakan Umrah….
Allahu…
Masa tidak mengizinkan aku dan saudara Safiuddin bin Ilias aka Safiey Ilias bertemu muka kerana aku telah bersiap siap untuk keluar Dakwah 40 hari di Tawau…pun begitu saban hari kami menghubungi satu sama lain…berbual dan bertanya khabar…beliau meluahkan isi hatinya dan aku menasihatinya…
Tanggal 15 hari bulan aku berangkat dan terbang ka Tawau dan pada tarikh yang sama Safiey Ilias memasuki Dewan Pembedahan intuk menggeluarkan implan payudara palsunya…
Semuga Allah memberikan afiat dan kesembuhan yang baik dan cepat kepadanya supaya aku dapat membawanya keluar di Jalan Allah…
Hari ini hari ke 2 aku di Jalan Allah…Safiey Ilias menghubungi aku dan katanya beliau selamat menjalani pembedahan membuang payudaranya…
Sebelumnya aku ada bertanya bagaimana beliau boleh menghubungi aku…jawabnya…“Beberapa kali lintasan wajah ku di hadapannya dan setelah membuat solat istikharah baru beliu yakin dan lalu menghubunggi ku..”.…Allahuakhbar.
Kami berjanji untuk bertemu bila aku balik dari ber Tabligh 40 hari nanti…insyallah
Mari kita sama sama berdoa agar Safiey Ilias kembali menjadi lelaki sejati….
Amin ya Allah…
====================
Di Facebook Safiey Illyas pula, kelihatan beberapa posting oleh beliau yang kini berada di hospital untuk melakukan operasi ‘menjadi lelaki semula’.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah & semoga usahanya dipermudahkan oleh Allah.