Jutaan Rakyat Indonesia Dijangka Bersedia Untuk Keluar Dari Kota Jakarta Untuk Pulang Ke Kampung Ramadan Ini

COVID-19

Jutaan Rakyat Indonesia Dijangka Bersedia Untuk Keluar Dari Kota Jakarta Untuk Pulang Ke Kampung Ramadan Ini

Mengikut jangkaan, kira-kira 2.5 juta pekerja asing dijangkakan akan meninggalkan ibu kota Jakarta untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Ini adalah kerana larangan perintah pergerakan yang baru akan mula berkuatkuasa pada Jumaat ini seperti yang diumumkan oleh Indonesia.

Di dalam perintah terbaru ini tiada sekatan perjalanan diumumkan menjadikan rakyat Indonesia masih bebas untuk keluar daripada kota itu. Berdasarkan data yang dikongsikan, Jakarta bukan saja merupakan rumah kepada 11% populasi penduduk di Indonesia tetapi juga dua pertiga daripada kematian dan jangkitan kes COVID-19.

Advertisement

Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi juga menjadi salah satu sebab ramai yang memilih untuk pulang ke kampung halaman mereka daripada terus menetap di kota tersebut. Antara sekatan terbaru yang akan berkuatkuasa termasuklah penutupan sekolah dan pejabat, had penggunaan pengangkutan awam dan larangan perjumpaan melebihi lima orang pada satu masa.

Persamaan dengan Wuhan

wuhan china

Menurut Greg Barton, profesor global politik Islam di Deakin Universiti, Australia, keadaan ini adalah sama seperti apa yang dilalui oleh Wuhan sebelum ini. Pada penularan awal wabak coronavirus di Wuhan, ianya berlaku pada ketika masyarakat China akan meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Rakyat Wuhan berpusu-pusu bergerak keluar dari Wuhan sebelum perintah ‘lockdown’ dikenakan.

Situasi yang sama berlaku di Indonesia kini apabila rakyat mereka akan memulakan perjalanan keluar daripada Jakarta yang merupakan pusat jangkitan tertinggi di Indonesia. Sekaligus, boleh mendatangkan ‘gelombang’ yang lebih dahsyat dengan pergerakan rakyat mereka ke kawasan yang lain.

Jika orang yang dijangkiti boleh berada sampai ke Kalimantan dan Sumatra, atau kawasan terpencil yang lain, ini akan menjejaskan kawasan-kawasan yang tidak terjejas sebelum ini dengan pantas. Ini adalah sesuatu yang kita mahu elakkan pada masa ini.

Presiden Joko Widodo telah menolak sebarang cadangan untuk menguatkuasakan sekatan perjalanan dan kuarantin seperti yang dilakukan oleh negara lain, dengan alasan ianya akan menyusahkan masyarakat miskin di sana. Pandu Riono, profesor di Universiti Indonesia menjangkakan kes boleh mencecah kepada 2 juta sekiranya langkah keselamatan tidak diperketatkan.

indonesia covid-19

Menurutnya lagi, apa yang perlu dilakukan kini adalah memperkenalkan langkah-langkah secara nasional memandangkan ini bukanlah virus biasa. Malah virus ini sedang menular di seluruh Indonesia dan bukan saja di Jakarta. Tambahnya lagi, Indonesia gagal mengambil langkah persediaan sepatutnya menyebabkan bekalan perlindungan untuk petugas perubatan juga semakin berkurangan.

Pakar meramalkan Jokowi akan melaksanakan perintah ‘lockdown’ pada satu ketika tetapi bimbang ianya mungkin terlambat. Buat masa ini, beliau memberitahu sekatan perjalanan dalam negara masih lagi belum dikenakan menjadkan rakyat masih bebas keluar masuk ke negeri-negeri lain.

Jokowi meminta orang ramai untuk tidak melakukan perjalanan keluar semasa Ramadan ini tetapi beliau tidak mengeluarkan arahan sekatan perjalanan.

Seorang rakyat Indonesia yang berada di Jakarta dikenali sebagai So Juharno, memberitahu akan pulang ke kampungnya sejauh 250 kilometer bersama isteri dan anaknya. Pada mulanya dia menjangkakan akan menetap di bandar itu untuk tempoh empat minggu lagi tetapi membatalkan hasrat itu kerana sudah tiada sebab untuk terus tinggal di situ.

“Lebih baik pulang ke kampung, saya tak perlu risau tentang makanan memandangkan saya sudah tiada kerja di sini (Jakarta)”, kata Juharno. Indonesia sebelum ini ada mengumumkan bantuan kewangan kepada rakyatnya tetapi menurut Juharno dia tidak mahu tunggu sahaja di situ kerana tidak pasti sama ada dia layak menerima bantuan itu atau tidak.

Artikel berkaitan: Urusan Pengebumian Jenazah COVID-19 Di Indonesia Dihalang Oleh Masyarakat Kerana Bimbang Akan Turut Dijangkiti

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...