Difahamkan, semalam, ribuan orang turun berhimpun di Sandakan dan Tawau bagi menuntut keadilan untuk Allahyarham Zara Qairina, 13, yang didakwa meninggal dunia akibat dibuli di sekolah berasrama penuh.
Ribuan penduduk gemakan Sabah dengan laungan ‘Justice For Zara’
Dapat dilihat, penduduk-penduduk di sana membawa sepanduk, mendeklamasi puasi serta mengalunkan doa buat arwah, manakala beberapa aktivis serta wakil rakyat tampil membuat ucapan untuk yang menghadirkan diri dalam perhimpunan itu.
Menurut salah seorang penganjur, Mohamad Khadir Abdul Jalil, perhimpunan itu dilakukan sebagai tanda solidariti dan rasa simpati terhadap kes melibatkan remaja 13 tahun itu.
Kami hanya mahukan kebenaran daripada pihak berkuasa dan keadilan buat Zara Qairina. Itu fokus kami malam ini.
Berpakaian hitam tanda solidariti
Di Tawau, perhimpunan di bulatan Chester Night Market menyaksikan orang ramai berpakaian serba hitam sebagai tanda solidariti.
Malah, ramai peserta memegang sepanduk sambil melaungkan slogan ‘Justice For Zara’ dan ‘Stop Bullying’ sepanjang melakukan perarakan.
Bukan sahaja dia Sandakawan dan Tawau, malah di Lahad Datu serta Semporna turut tidak terkecuali mengadakan perhimpunan yang sama, manakala acara di Sipitang, Papar, Ranau, Kundasang, Telupid, Kudat dan Keningau dijadualkan pada tarikh yang lain.