Pelakon Sharnaaz Ahmad sebelum ini bersuara mengenai isu yang melibatkan tiga penyampai radio yang didakwa mempersendakan agama di media sosial baru-baru ini.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Sharnaaz mengakui bahawa tindakan ketiga-tiga penyampai radio, iaitu Nabil, Radin, dan Azad, yang dikatakan mempermainkan agama kaum lain adalah suatu kesalahan.
Namun begitu, beliau memuji keberanian mereka kerana mengakui kesilapan masing-masing serta mengambil tanggungjawab dengan membuat permohonan maaf kepada pihak yang terlibat.
Tetapi aku patut bagi ‘respect’ kat korang bertiga kerana korang berani mengaku salah, dan mengaku telah melakukan satu kesilapan yang besar. Dan korang pergi jumpa segala individu yang korang patut jumpa.
Selain itu, Sharnaaz turut menasihati ketiga-tiga sahabatnya agar tidak terus meminta maaf secara berlebihan kerana mereka telah melakukan yang terbaik. Beliau juga meminta agar isu yang sedang tular ini tidak dipolitikkan.
Buat sahabat aku bertiga. Just stop minta maaf!! Anda bertiga dah buat yang terbaik. Cukup bro. Sangat cukup.
Jangan melebih ya. Hormat/ Respect is mutual!! Kami Melayu dan Islam tetap bermaruah!! We love all, but don’t abuse! Jangan politikkan isu ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.