Jus Tembikai Cuma 0.50 Sen Sebungkus, Laris Terjual 1,000 Bungkus Sehari

Trending

Jus Tembikai Cuma 0.50 Sen Sebungkus, Laris Terjual 1,000 Bungkus Sehari

Disebabkan harga jus tembikai yang dijual terlampau murah, 50 sen, sebuah gerai buah-buahan di Taman Mutiara, Sungai Kob menjadi tumpuan para pelanggan.

Advertisement

Pemiliknya, Norhanisah Ghazali, 31, berkata dia memulakan perniagaan jus tembikai itu sejak Ramadan tahun lepas dengan niat menjual sambil beramal.

Namun tahun lepas saya hanya menjual 600 bungkus jus tembikai, pada kali ini ia meningkat kepada 1,000 bungkus setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau juga, biarpun jumlah permintaan semakin bertambah, dia tetap menjaga kualiti jusnya dengan menggunakan air mineral yang dibeli di pasaraya.

Saya tak mahu nanti orang cakap jual harga murah tapi menipu, saya berniaga dengan ikhlas dan niat untuk beramal,” katanya.

Memandangkan permintaan yang semakin banyak, ibu kepada tiga orang anak itu juga terpaksa mengupah seorang pembantu dan berharap rezeki yang diperoleh menjual jus itu dapat dikongsi dengan orang lain.

Sementara itu, seorang pelanggan, Suhaila Sharafudin, berkata harga jus yang ditawarkan oleh kedai tersebut terlalu murah.

Saya datang dari Sungai Kob untuk dapatkan jus ini walaupun terpaksa menunggu giliran tapi saya tak kisah kerana ia sedap malah murah.

“Hari ini saya beli enam bungkus untuk dihidangkan kepada ahli keluarga saya ketika berbuka puasa nanti,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...