Jus Buah “Fruity Smoothie!”, Minuman Berkhasiat Untuk Kurus Cara Sihat. Sedapnyer!

Trending

Jus Buah “Fruity Smoothie!”, Minuman Berkhasiat Untuk Kurus Cara Sihat. Sedapnyer!

banana-smoothie-horzWah, minum Smoothie mampu membuatkan perut anda langsing? Yeke ni? Memang betul! Ini kerana Smoothie yang diperbuat daripada perisa asli buah-buahan, mampu memberikan kesan yang baik disamping melangsingkan perut anda.

Malunya, kalau ada kawan-kawan tegur ada ‘baby bump’ walaupun  belum berkahwin lagi.

Advertisement

Sekarang ni, wanita di luar sana tak menjaga pemakanan dan terjadinya perut buncit. Jadi, dengan mengamalkan smoothie dari buah-buahan, tiada lagi perut buncit.

Bukan hanya mampu membuatkan perut tampak kempis, malah tubuh akan lebih ramping dan menawan.

Sekaligus tubuh mendapat lebih banyak khasiat daripada vitamin yang ada pada buah-buahan.

Resipi smoothie  mudah dan cepat ini sesuai untuk diambil ketika sarapan pagi, makan tengahari dan di kala anda bersantai.

Smoothie Mentega Kacang dan Pisang

DSC01224mb

Bahan-bahan:

½ cawan susu tanpa lemak tambahan
½ cawan yogurt tanpa lemak tambahan
2 sudu mentega kacang
¼ dari sebiji pisang
4 ketul kiub ais

Cara penyediaan:

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan proses sehingga menjadi milky dan sebati. Hidang sejuk.

Smoothie Mangga

mango-smoothie-1-of-1-850x636

Bahan-bahan:

¼ cawan buah mangga dipotong kiub
¼ cawan buah avokado ditumbuk
½ cawan jus mangga
¼ cawan yogurt vanilla tanpa lemak tambahan
1 sudu perahan limau kasturi
1 sudu gula
6 ketul kiub ais

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut dan sebati. Hidang bersama sepotong buah mangga atau sebiji strawberi untuk lebih enak.

Smoothie Epal

1306-apple-nut-smoothie

Bahan-bahan:

½ cawan susu soya
¾ cawan yogurt perisa vanila
1 sudu rempah epal pai
1 biji buah epal dipotong dadu dan dibuang kulit
2 sudu mentega gajus
Kiub Ais

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan-bahan dalam mesin pengisar selama satu minit. Hidang ke dalam gelas bersama sudu.

Nampak sedap kan? Jom cuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.